Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak utamakan pendidikan anak tempatan melalui berbagai inisiatif dan bantuan
  • PENDIDIKAN

Sarawak utamakan pendidikan anak tempatan melalui berbagai inisiatif dan bantuan

Utusan Sarawak 5 hours ago
UTAMAKAN PENDIDIKAN…Awang Tengah bersama kenamaan dan penerima sumbangan Hari Raya Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang.  

LIMBANG: Pembangunan masa depan umat Islam ke arah lebih baik dapat dicapai melalui pendidikan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelbagai kemudahan disediakan Kerajaan Sarawak untuk memastikan rakyat di negeri ini dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Malahan pelbagai inisiatif pendidikan disediakan untuk rakyat negeri ini termasuk  menyediakan pendidikan percuma kepada semua anak Sarawak  yang belajar di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Sarawak mulai tahun ini.

“Kita perlu bersungguh- sungguh meningkatkan  ilmu dan pendidikan, pelbagai peluang disediakan kerajaan yang dipimpin Premier kita mulai tahun ini termasuk pendidikan percuma.

“Inilah kepentingan ilmu pengetahuan kerana orang yang berilmu dan beriman akan diangkat darjatnya dalam masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) divMasjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keyakinan Kerajaan Sarawak terhadap kekuatan ekonomi negeri ini yang bertambah maju dan stabil serta rakyat yang hidup bersatu padu.

Katanya hasrat menyediakan pendidikan tinggi percuma itu untuk memastikan lebih ramai lagi anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri ini.

Turut sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi dan ketua jabatan kerajaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SK Nanga Kara terima dana RM18,000 bantu PdP digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.