Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak United pencabar utama
  • SUKAN

Sarawak United pencabar utama

Utusan Sarawak 4 years ago
KETUA jurulatih NSFC… K. Devan

PENGENDALI Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan menyifatkan pasukan Sarawak United FC adalah pencabar utama pasukannya dalam memburu kejuaraan Liga Perdana pada musim ini.

Kebangkitan skuad Rusa itu atas kemenangan menentang Kelantan FC Ahad lalu turut menyuntik semangat pasukan itu untuk memburu tiket automatik ke saingan Liga Super 2022 bersama Sarawak United.

“Sarawak United FC merupakan pencabar utama pasukan kami dan pemain harus bermain habis-habisan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan sebagai pendahulu liga.

“Kalau kita dapat tiga mata saya rasa kedudukan di tangga teratas lebih kukuh.

“Saya rasa dengan kemenangan menentang Kelantan FC baru-baru ini, mungkin paras keyakinan dalam kalangan pemain akan bertambah baik sebelum perlawanan bertemu Sarawak United FC,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan NSFC menewaskan Kelantan FC 2-1 Ahad lalu.

Sementara itu, menurut Devan, selepas mengharungi lapan perlawanan, posisi di barisan pertahanan sedikit menggusarkannya.

“Aspek yang perlu saya beri perhatian ialah kita boleh jaringkan gol dalam masa yang sama kita boleh bolos gol walaupun kita bermain di tempat sendiri.

“Jadi dari segi itu kalau kita dah boleh bertahan dengan baik dan tidak bolos gol dan mungkin kita ada peluang untuk menang setiap kali kita turun di Paroi,” ujarnya.

Devan berkata pertembungan NSFC menentang Sarawak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu ini dijangka sengit dan menarik untuk disaksikan.

Setakat lapan perlawanan musim ini, NSFC mendahului kedudukan Liga Premier dengan mengutip 17 mata iaitu kelebihan hanya satu mata berbanding Sarawak United selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Liverpool semakin ketinggalan
Next: Chelsea kembali empat teratas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.