
KUCHING: Pasukan badminton berpasukan lelaki Sarawak mencipta kejutan manis apabila menundukkan musuh tradisi, Sabah 4-1 sekali gus menghadiahkan pingat emas pada temasya Sukan Borneo Kuching (BGK) 2025.
Sarawak bermula cemerlang menerusi pemain perseorangan, Goh Shun Huat yang menewaskan Victor Yap Ka How 21-8, 21-17, sebelum Sabah menyamakan kedudukan melalui pasangan beregu, Eddrall Atek Deavis dan Hymns Shim.
Namun, kebangkitan Sarawak diteruskan oleh perseorangan kedua, Shawn Hiu yang bangkit selepas kalah set pertama untuk menundukkan Muhammad Nur Azhar 15-21, 21-11, 21-14.
Kemenangan itu membuka jalan kepada pasangan Kong Chee Kiet dan Barrie Chong Kwang Wei yang menutup saingan dengan menewaskan Muhammad Yasrin dan Syazwansyah Suriansa 21-13, 21-17 sekali gus mengesahkan emas menjadi milik Sarawak.
Kalimantan Timur berada di tempat ketiga selepas menewaskan Labuan.
Oleh Amanda L & Adele Rissa