Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sarawak tuntut bayaran balik perbelanjaan negeri bagi projek Persekutuan
  • NASIONAL

Sarawak tuntut bayaran balik perbelanjaan negeri bagi projek Persekutuan

Utusan Sarawak 8 hours ago
SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Negara semalam berkata projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, pusat kesihatan, jambatan serta pembaikan sekolah-sekolah di Sarawak.

KUALA LUMPUR: Sarawak menegaskan bahawa segala perbelanjaan yang telah didahulukan negeri untuk membiayai projek di bawah bidang kuasa Persekutuan perlu dibayar balik dengan teratur dan telus.

Senator Dato’ Ahmad Ibrahim ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Negara semalam berkata projek tersebut merangkumi pembinaan jalan raya, pusat kesihatan, jambatan serta pembaikan sekolah-sekolah di Sarawak.

Bagi sektor pendidikan, beliau berkata Sarawak menggunakan dana negeri untuk membaik pulih sekolah daif walaupun pendidikan adalah bidang kuasa Persekutuan. Antara contoh termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan di Bintulu, SK Long Busang di Belaga serta SK Kampung Selampit di Lundu.

Bagi jalan raya dan jambatan pula, negeri telah menanggung sebahagian kos awal bagi projek persekutuan seperti Jambatan Batang Rambungan di Kuching–Lundu, Jambatan Batang Igan di Mukah bernilai RM467 juta, Jambatan Batang Lupar di Pusa–Sebuyau serta jalan Kanowit–Kapit.

Dalam sektor kesihatan, Sarawak terpaksa menyalurkan dana tambahan untuk mempercepatkan projek Hospital Petra Jaya di Kuching yang lama terbengkalai, selain membiayai sebahagian pembinaan Klinik Kesihatan Long San di Baram.

Bagi infrastruktur sempadan dan luar bandar, perbelanjaan negeri digunakan untuk naik taraf awal jalan Serian–Tebedu yang menghubungkan Entikong, Kalimantan serta akses ke kawasan pedalaman melalui jalan Marudi–Mulu di Miri.

Namun, isu utama yang dibangkitkan ialah ketidakpastian berhubung bila bayaran balik akan dibuat. “Tiada jangka masa jelas, boleh jadi satu tahun, lima tahun, sepuluh tahun atau tidak langsung. Ketidakpastian ini membebankan perancangan fiskal negeri dan menghakis rizab Sarawak yang dibina dengan penuh disiplin,” katanya.

“Dari Belaga ke Lundu, dari Mukah ke Lawas, Sarawak telah berkali-kali mendahulukan duit negeri untuk projek yang sebenarnya tanggungjawab Federal. Soalnya sekarang bila bayaran balik akan dibuat?” ujar beliau.

“Kerajaan Sarawak telah bertindak sebagai penyelamat segera untuk rakyat. Tetapi sebagai rakan setara dalam Malaysia, kita menuntut pengembalian dana ini dengan lebih teratur, telus, dan dengan jangka masa yang jelas,” katanya.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap ketidakpastian jadual pembayaran balik oleh Kerajaan Persekutuan yang menurutnya memberi kesan kepada perancangan kewangan negeri.

“Sehingga kini kita tidak tahu bilakah bayaran balik itu akan dibuat. Adakah dalam tempoh setahun, lima tahun, sepuluh tahun ataupun tidak langsung? Ketidakpastian ini membebankan perancangan kewangan negeri dan menghakis rizab negeri yang telah dibina dengan penuh disiplin,” tegasnya.

Dato’ Ahmad menambah bahawa dengan peruntukan RMK-13 yang dianggap agak terbatas kepada Sarawak, isu bayaran balik itu menjadi semakin mendesak untuk diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

“Rakyat Sarawak berhak mendapat layanan yang adil, bukan sahaja dari sudut pembangunan baharu, tetapi juga dari segi pembayaran balik bagi apa yang telah didahulukan oleh negeri,” ujarnya.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia rugi lebih RM1.22 bilion akibat jenayah siber dari Januari – Oktober 2024 – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.