Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tubuh Jabatan Pendakwaan Syariah, perkukuh integriti sistem kehakiman
  • SEMASA

Sarawak tubuh Jabatan Pendakwaan Syariah, perkukuh integriti sistem kehakiman

Utusan Sarawak 6 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada majlis makan malam bersempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 di sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak (JPSS) sebagai langkah memperkukuh integriti, profesionalisme dan tadbir urus dalam sistem kehakiman Syariah negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini fungsi pendakwaan syariah dilaksanakan di bawah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), namun penubuhan jabatan baharu itu membolehkan peranan pendakwaan diasingkan secara lebih tersusun.

Beliau berkata pengasingan tersebut penting bagi memastikan proses pendakwaan syariah dapat dijalankan secara bebas, telus dan berlandaskan prinsip keadilan tanpa sebarang konflik kepentingan.

“Dengan penubuhan JPSS, tadbir urus pendakwaan syariah telah diasingkan bagi memastikan integriti dan profesionalisme dalam pelaksanaan pendakwaan terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak 2026 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan memastikan jabatan itu disokong dengan sumber manusia yang berkelayakan, latihan berterusan serta struktur organisasi yang mantap agar ia dapat berfungsi secara berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata pengukuhan institusi pendakwaan Syariah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri memperkukuh keseluruhan ekosistem kehakiman dan perundangan syariah di Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa sistem kehakiman syariah yang berintegriti dan profesional penting bagi mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi keadilan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Pada masa sama, beliau menggesa semua pihak dalam ekosistem kehakiman Syariah termasuk hakim, pendakwa, peguam dan pegawai berkaitan agar terus bekerjasama secara strategik bagi memastikan sistem keadilan Syariah di Sarawak kekal berwibawa dan diyakini rakyat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Media sosial cetus ‘tribunal persepsi awam’ dalam kes mahkamah – Premier Sarawak
Next: Gempa bumi 6.4 magnitud landa Semenanjung Kamchatka, Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.