Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SARAWAK TUBUH BOUTIQUE AIRLINE
  • TEMPATAN

SARAWAK TUBUH BOUTIQUE AIRLINE

Utusan Sarawak 4 years ago

BETONG , 30 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat gerai-gerai pameran pelbagai Agensi Kerajaan ketika hadir pada Majlis Pecah tanah Lapangan Terbang Bebuling Spaoh, Betong hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat gerai pameran pelbagai agensi kerajaan pada Majlis Pecah Tanah Lapangan Terbang Bebuling Spaoh,Betong semalam. •Foto BERNAMA

SPAOH: Kerajaan Sarawak merancang mahu menubuh sebuah syarikat penerbangan baharu dalam negeri ini yang dikenali sebagai Boutique Airline.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Boutique Airline itu nanti akan ditubuhkan di bawah syarikat Hornbill Skyways.

“Boutique Airline ini nanti merupakan sebuah syarikat penerbangan kecil serta mempunyai beberapa kapal terbang yang akan disewa dan beroperasi secara komersial.

“Dengan kata lain, penubuhan Boutique Airline akan memperkembangkan operasi Hornbill Skyways yang sebelum ini mempunyai lesen penerbangan namun tidak digunakan sepenuhnya terutama sekali tujuan komersial,” ujarnya pada Majlis Pecah Tanah Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling di Spaoh, Betong.

Tambahnya, beliau juga pernah melihat dan membuat kajian mengenai modal operasi komersial penerbangan syarikat berkenaan bersama pihak pakar.

Kata Abang Johari, kajian mendapati operasi penerbangan komersial syarikat berkenaan melibatkan kos yang murah dan hanya memerlukan beberapa hab strategik tertentu untuk membawa masuk pelancong serta kargo ke Sarawak.

“Antara hub penerbangan yang sudah dikenal pasti untuk Boutique Airline ini nanti adalah Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok dan Hong Kong.

“Justeru, diharap agar penubuhan Boutique Airline ini nanti akan dapat membantu Sarawak memiliki akses yang tersendiri dalam sektor pelancongan,” katanya.

Bagaimanapun rancangan menubuhkan syarikat Boutique Airline ini nanti tambah beliau akan diperhalusi semula sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu dan penyandang kerusi DUN Saribas, Mohammad Razi Sitam.

Terdahulu, Projek STOLport Bebuling, Spaoh ini mula dibina pada 18 Mac lalu dengan kos sebanyak RM108 juta dan dijangka siap pada 17 September 2023.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Pembangunan pesat di DUN Tamin
Next: Gerald pertahankan kerusi DUN Layar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.