Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak tuan rumah Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026, Bintulu lokasi utama
  • SUKAN

Sarawak tuan rumah Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026, Bintulu lokasi utama

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Fatimah Abdullah bergambar kenangan bersama yang lain pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Tetap Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026, merupakan penganjuran kali keenam temasya itu di peringkat nasional, manakala Bintulu dipilih sebagai lokasi utama.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata temasya berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026.

Menurutnya, majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 25 April, manakala majlis penutup pada 26 April.

“Sebanyak lapan jenis sukan akan dipertandingkan dan kesemuanya akan diadakan di sekitar Bintulu kerana kemudahan sukan di sana mencukupi. Kuching kini sedang menjalani persiapan penganjuran temasya sukan lain,” katanya.

DATO Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Tetap Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Tetap Sukan Olimpik Khas Kebangsaan 2026 di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Antara sukan yang akan dipertandingkan ialah olahraga (balapan dan padang), renang, bocce, badminton, ping pong, bola keranjang, boling serta bola sepak lima sebelah kategori bersepadu yang melibatkan atlet tipikal dan atlet kurang upaya intelektual.

Dari segi penyertaan, beliau berkata seramai 778 peserta dijangka mengambil bahagian, merangkumi atlet, jurulatih, pengiring dan pegawai.

“Sebanyak 11 negeri dan wilayah telah mengesahkan penyertaan, termasuk Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Pahang, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak sebagai tuan rumah akan menghantar 248 atlet, sekali gus memberi peluang lebih luas kepada atlet tempatan untuk menampilkan bakat dan potensi masing-masing.

Mengulas mengenai matlamat penganjuran, beliau menegaskan bahawa penyertaan merupakan teras utama Sukan Olimpik Khas berbanding pencapaian pingat.

“Falsafah Olimpik Khas menekankan keberanian untuk mencuba. Penyertaan itu sendiri sudah dianggap sebagai satu kemenangan kepada atlet,” katanya.

Selain acara sukan, katanya Program Atlet Sihat turut akan dilaksanakan bagi membolehkan atlet menjalani saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah, pergigian, penglihatan, pendengaran serta otot dan sendi.

Beliau berkata program itu penting bagi memastikan tahap kesihatan atlet dipantau, selain membolehkan mereka mendapatkan rawatan susulan sekiranya dikenal pasti mempunyai masalah kesihatan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 11 petinju Zon Barat sedia berentap di SUKSAR IV 2026
Next: FC Barcelona pilih sarawak sebagai rakan strategik di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.