Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tuan rumah Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) pertama dunia diiktiraf AS 18-21 September ini
  • TEMPATAN

Sarawak tuan rumah Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) pertama dunia diiktiraf AS 18-21 September ini

Utusan Sarawak 2 years ago
MENERANGKAN… Dato Sri Fatimah Abdullah ketika sidang media IRS di Baitul Makmur II di sini, semalam. 
 

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah pertama di dunia dalam mengadakan simposium berkaitan pemulihan dadah di peringkat global iaitu Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS). 

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, IRS akan diadakan pada 18 sehingga 21 September ini. 

Katanya, IRS adalah anjuran kementeriannya bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), International Society of Substance Usep Professionals (ISSUP) disokong oleh Business Events Sarawak (BES). 

“Ini adalah forum tentang usaha menangani isu dadah dan substans (MIDS) peringkat antarabangsa yang julung kali dianjurkan di Sarawak, malah ini pertama kali simposium seperti ini diadakan di dunia, malah Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) juga mengiktiraf Simposium yang akan diadakan di Sarawak ini adalah ‘yang pertama dunia’. 

“Simposium Pemulihan dadah sebelum ini hanya diadakan di peringkat serantau seperti di Afrika dan Asia. 

“Oleh itu, kami di peringkat kementerian akan berusaha bagi memastikan acara ini akan berlangsung dengan jayanya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media IRS di Banggunan Baitul Makmur II di sini, semalam. 

Tambah beliau, IRS 2023 akan dihadiri oleh hampir 800 peserta dalam kalangan pakar-pakar dan pengamal-pengamal Pengurangan Permintaan Dadah(DDR) dari pelbagai negara seperti AS, Maldives, Kenya, Pakistan dan banyak lagi. 

“Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan, ahli-ahli One Stop Committee (OSC) bagi isu dadah dan substans (MIDS) seperti AADK, Jabatan Penjara Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak (JSJN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang merupakan rakan kongsi strategik juga akan hadir di simposium ini. 

“IRS 2023 adalah peluang untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi ahli-ahli OSC MIDS dan Biro MIDS Kawasan Penghulu di Sarawak bagi melestarikan usaha-usaha DDR di peringkat akar umbi,” katanya. 

Tambah beliau, penganjuran IRS adalah manifestasi komitmen Kerajaan Sarawak untuk menangani isu penyalahgunaan dadah dan substance kerana kesannya kepada kesejahteraan komuniti dan sebagai punca utama terhadap beberapa isu-isu sosial yang lain di Sarawak. 

“Kementerian kami menyokong penuh penganjuran IRS 2023 ini bagi mengukuhkan usaha dan melestarikan DDR di Sarawak selaras dengan Pelan Tindakan Bersepadu MIDS OSC,” katanya. 

Majlis perasmian simposium tersebut akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT 

Continue Reading

Previous: Berstatus OKU bukan halangan realisasikan impian
Next: Redeems tampil 3 acara sasar penyertaan 50 kugiran rebut RM10,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.