Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak tuan rumah sekali lagi, anjur Festival Koir Antarabangsa 2025
  • SEMASA

Sarawak tuan rumah sekali lagi, anjur Festival Koir Antarabangsa 2025

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUCHING: Sarawak sekali lagi diberi penghormatan menjadi tuan rumah acara bertaraf antarabangsa menerusi Sarawak International Choral Festival & Symposium (SIC Fest) 2025, yang menyatukan peserta dari pelbagai negara dan latar budaya melalui keindahan muzik koral.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, berkata festival ini bukan sekadar acara hiburan, sebaliknya menjadi simbol kekuatan negeri itu dalam menghubungkan masyarakat global menerusi kuasa muzik.

“Ia merupakan satu perayaan kesatuan melalui nyanyian, platform untuk pertukaran budaya, serta ruang bagi pembelajaran, inspirasi dan kerjasama.

“Festival ini mengangkat kekuatan muzik dalam menyatukan kita tanpa mengira bahasa, sempadan dan latar belakang.

“Pengisian simposium pula memberi peluang kepada konduktor, pendidik dan penyanyi untuk memperdalam kemahiran melalui bengkel, kelas dan sesi dialog,” katanya ketika merasmikan SIC Fest 2025 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini, malam ini.

Penganjuran kali ini menampilkan pelbagai acara menarik termasuk pertandingan koir mengikut kategori, bengkel profesional, konsert di sekitar Kuching, serta acara kemuncak Grand Prix Finals dan majlis penutup yang dinanti-nantikan.

Antara persembahan istimewa yang dijadualkan ialah daripada Koir Kanak-kanak Sarawak, kumpulan muda PUSAK, serta kumpulan antarabangsa dari Jerman, Kinderchor der Staatsoper Unter den Linden.

Snowdan turut berharap SIC Fest 2025 akan menjadi pengalaman yang menginspirasi dan menggembirakan buat semua peserta.

“Marilah kita terus membina jambatan melalui muzik, dan semoga festival ini menjadi satu perayaan keharmonian bukan sahaja dari segi bunyi, tetapi juga dalam semangat,” tambahnya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Julin Alen, Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak (BESarawak) Amelia Roziman, Pengerusi Kuching Choral Society Benedict Lo, serta Pengarah Artistik SIC Fest 2025 Susanna Saw.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadiri majlis penuh kesyukuran sambutan Hari Keputeraan Agong ke-17
Next: Pergerakan kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia pulang ke tanah air lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.