Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tolak dakwaan tidak berasas Bruno Manser Fund – Abang Johari
  • TEMPATAN

Sarawak tolak dakwaan tidak berasas Bruno Manser Fund – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 hours ago
JELASKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menolak sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang dilemparkan oleh pertubuhan Bruno Manser Fund (BMF) berhubung penglibatan syarikat dari negeri ini dalam aktiviti pembalakan di Papua New Guinea.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, tuduhan yang dimainkan pertubuhan berkenaan sejak sekian lama hanya bertujuan memburukkan imej Sarawak, sedangkan negeri ini telah melaksanakan aktiviti ekonomi secara beretika dan mampan.

“Memang kita tahu mereka dibiayai oleh Bruno Manser Fund sejak dahulu lagi, ketika saya menjaga urusan berkaitan masyarakat Penan pun mereka tidak pernah berhenti.

“Mereka sentiasa memainkan isu yang sama bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap Sarawak,” katanya.

RASMIKAN…Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menyempurnakan gimik menitik mata bot naga.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, hari ini.

Abang Johari berkata, dakwaan itu jelas menjejaskan reputasi syarikat tempatan yang selama ini banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.

Namun, katanya, bukti di lapangan menunjukkan sebaliknya apabila pelbagai inisiatif pembangunan komuniti telah dilaksanakan secara bertanggungjawab di kawasan luar bandar khususnya dari pihak Sarawak Energy Berhad (SEB).

“NGO dari Eropah pun sebenarnya telah melihat sendiri apa yang kita buat. Contohnya di Sungai Asap, Bakun dan Murum, semua kawasan ini menunjukkan perkembangan positif hasil pembangunan komuniti yang dilaksanakan oleh SEB,” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri komited memastikan setiap projek pembangunan, termasuk dalam sektor perhutanan dan tenaga, dilaksanakan dengan mengambil kira kesejahteraan masyarakat setempat serta kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, Abang Johari turut menyifatkan penganjuran Regatta Sarawak 2025 sebagai platform diplomatik mempererat hubungan antara Sarawak dan Pahang.

Beliau berkata, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta kerabat diraja dijadual berangkat ke Kuching minggu depan bagi berkenan menyaksikan perlumbaan Regatta Sarawak 2025.

“Selain itu, KDYMM Tengku Ampuan Pahang juga dijangka berkenan mengunjungi pameran kraf termasuk hasil keringkam Sarawak.

MERIAH… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat gerai yang ada pada Festival Kraf Borneo. 

“Lawatan ini turut memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Pahang khususnya dalam pembangunan industri kraf,” jelasnya.

Abang Johari menambah, lawatan beliau ke Pahang dua bulan lalu atas jemputan KDYMM Tengku Ampuan Pahang bersama Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut membuka ruang kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negeri.

“Kita akan wujudkan kerjasama dari perspektif pembangunan kraf antara Sarawak dan Pahang. Ini penting untuk memperkukuh warisan serta peluang ekonomi kepada penggiat kraf tempatan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Sarawak’s contribution to petroleum revenue underscores need for Petronas–Petros cooperation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.