Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tingkat R&D perhutanan
  • TEMPATAN

Sarawak tingkat R&D perhutanan

Utusan Sarawak 5 years ago
MELAWAT… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melawat tapak pameran selepas merasmikan Seminar Industri Perladangan Hutan yang diadakan di Miri, semalam.

MIRI: Kerajaan Sarawak  bersedia memperuntukkan dana bagi meningkatkan  aktiviti-aktiviti  Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) perhutanan, dalam Belanjawan Negeri akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk menyokong R&D di sektor perhutanan, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS)  sedang mencari kemungkinan bekerjasama rapat dengan dua universiti tempatan iaitu Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu dan Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS).

“Kami mencadangkan agar kedua-dua universiti ini untuk menjadi pusat penyelidikan perhutanan di Sarawak kerana mereka mempunyai kepakaran dan kemudahan.

“Kerajaan Sarawak  bersedia memperuntukkan dana untuk melakukan penyelidikan kolaboratif melalui pusat ini. Saya akan masukkan dana dalam bajet nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Industri  Perladangan Hutan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Sebanyak 19 kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu yang disertai 200 peserta terdiri daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pemegang Lesen Penanaman Hutan (LTF).

Seminar itu turut disertai oleh peserta dari Sabah, Semenanjung Malaysia, China dan Indonesia secara talian melalui aplikasi zoom.

Abang Johari berkata, Jabatan Hutan Sarawak sebagai agensi utama boleh memainkan peranan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti  R&D.

“Pada masa yang sama penyelidik anda juga dapat dilatih dan mengambil bahagian dalam program penyelidikan,” katanya.

Dalam majlis sama, Abang Johari menyeru pemain-pemain industri perkayuan di Sarawak supaya lebih  kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk kayu dengan nilai tambah yang tinggi.

“Bukan sahaja menanam pokok yang tumbuh dengan cepat tetapi juga melihat nilai tambah dan kepelbagaian produk akhir,  contohnya produk hiasan, hadiah dan lain-lain daripada hanya memberi tumpuan produk tradisional seperti papan lapis dan perabot,” katanya.

“Memiliki ladang yang baik tidaklah memadai jika kita tidak melihat rantaian nilai keseluruhan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Len Talif Salleh, Menteru Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat, ADUN Telang Usan, Dennis Ngau,Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, Datu Zaidi Mahdi dan Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Murid teruja sesi pembelajaran AR
Next: Sarawak pada landasan tepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.