Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terus perkukuh warisan pelbagai etnik melalui Festival Kesenian 2025
  • TEMPATAN

Sarawak terus perkukuh warisan pelbagai etnik melalui Festival Kesenian 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
SIMBOLIK…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian, semalam. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak akan terus memperjuangkan dan memperkukuh warisan budaya pelbagai etnik melalui penganjuran Festival Kesenian Sarawak 2025, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menegaskan kekayaan budaya yang dimiliki Sarawak adalah cerminan jati diri rakyat serta lambang perpaduan di Bumi Kenyalang.

Menurut beliau, warisan unik yang turun-temurun perlu sentiasa dipelihara agar generasi muda terus menghargai kesenian tempatan.

AMANAT…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Perasmian Festival Kesenian Sarawak 2025, semalam. Foto UKAS

“Kita amat bertuah kerana festival seperti ini menjadi platform penting untuk memperjuangkan kelestarian budaya kita,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Festival Kesenian Sarawak 2025 semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Seni Sarawak (MSS) atas usaha menganjurkan festival bertemakan ‘Melestari Seni Sarawak’ yang berjaya menghimpunkan pelbagai kesenian dan budaya tradisional Borneo, sekali gus memartabatkan seni tempatan sebagai identiti negeri.

Festival tersebut, katanya, bukan sahaja mendedahkan masyarakat kepada kepelbagaian seni tradisi, malah memperkasakan khazanah budaya Sarawak serta memberi ruang kepada orang ramai untuk memahami dan mendalami seni warisan sehingga mencapai tahap kelestarian.

SEKITAR persembahan Festival Kesenian Sarawak 2025.

“Melalui festival ini, kita dapat menggembleng tenaga untuk memastikan generasi muda menghargai warisan kesenian yang diturunkan kepada mereka. Biarlah ia terus hidup, berkembang dan menjadi sumber inspirasi bersama,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Abdul Karim berbangga dengan usaha MSS mempamerkan sebahagian daripada 34 kumpulan etnik di Sarawak pada penganjuran kali ini. 

Beliau menegaskan bahawa festival tersebut bertepatan dengan peranan MSS sebagai penjaga khazanah adat dan budaya etnik negeri ini. Dengan pendedahan sedemikian, masyarakat akan lebih menghargai tarian serta persembahan tradisional yang sebelum ini jarang dipertontonkan kepada umum.

“Memartabatkan budaya etnik Sarawak bermakna kita menghargai setiap suku kaum yang menjadikan negeri ini unik. Setiap kesenian yang ada perlu dilestarikan dan terus diangkat,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SDNU jadi rakan strategik perkasa ekonomi rakyat Sarawak — Premier
Next: Pembebasan P. Diddy ditangguh sebulan gara-gara langgar peraturan penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.