Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terus perkukuh pembangunan melalui perpaduan dan pemerkasaan belia
  • TEMPATAN

Sarawak terus perkukuh pembangunan melalui perpaduan dan pemerkasaan belia

Utusan Sarawak 18 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berucap pada perasmian Program Reach Out SABERKAS Cawangan Asajaya dan Komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat, di Asajaya, hari ini. Foto Ukas

ASAJAYA: Sarawak terus memperkukuh hala tuju pembangunannya melalui penekanan terhadap perpaduan masyarakat, usaha mempertingkat pendidikan serta pemerkasaan generasi muda.

Demikian kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang menegaskan bahawa perkembangan pesat Sarawak hari ini telah banyak meningkatkan taraf hidup rakyat, jauh berbeza daripada keadaan kampung pada era 1970-an dan 1980-an yang ketika itu hanya boleh diakses melalui jalan air atau motosikal.

“Kemudahan moden termasuk rangkaian jalan raya dari Serian ke Gedong menjadi bukti bagaimana pembangunan negeri telah memudahkan urusan harian penduduk.

“Hari ini rakyat menikmati perjalanan yang lebih mudah dan selesa hasil pembangunan pesat kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, berkata demikian ketika merasmikan Program Reach Out SABERKAS Cawangan Asajaya dan Komuniti di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat, di sini, hari ini.

 RAKAM kenangan bersama penganjur dan peserta program tersebut di Dewan Masyarakat Kampung Tambirat, di Asajaya hari ini. Foto Ukas

Abdul Karim juga menegaskan bahawa keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak kekal utuh, sambil menggesa kepimpinan yang sederhana dan bersifat inklusif bagi mengukuhkan perpaduan.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pelaksanaan projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan lapangan terbang baharu, pelabuhan terbesar serta rangkaian jalan raya moden akan terus membawa Sarawak ke hadapan demi manfaat generasi masa depan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) menyatakan sokongan terhadap program Reach Out yang mendekati golongan muda dan memberikan bantuan pendidikan serta latihan kemahiran.

“Program seperti ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu dan sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya,” katanya.

Program berkenaan turut mengetengahkan ceramah kepimpinan, perkongsian ikon belia dan aktiviti komuniti bersama Majlis Belia Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Lamat Nyalau, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin, Pengerusi SABERKAS Cawangan Asajaya Mohd Iskandar Junaidi, Temenggung Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang serta Penghulu Kampung Tambirat Tamel Mohamad.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Zaid Ibrahim hina Sabah, Sarawak – Fazzrudin
Next: Jambatan baharu Sebauh kini di fasa akhir, dibuka 4 Disember

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.