Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak terus perkasa hak negeri berdasarkan MA63 dan Perlembagaan
  • SEMASA

Sarawak terus perkasa hak negeri berdasarkan MA63 dan Perlembagaan

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

KUCHING: Kerajaan Sarawak tetap komited untuk mempertahankan serta memperkasa hak-hak negeri ini sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menegaskan bahawa komitmen tersebut bukan sahaja menjadi asas kepada kemajuan negeri, malah mencerminkan suara dan martabat rakyat Sarawak yang mengimpikan masa depan wilayah yang lebih cerah.

“Hari Sarawak menjadi simbol perjuangan dan kebangkitan rakyat Sarawak dalam menentukan hala tuju dan masa depan wilayah ini.

“Kita akan terus memastikan hak-hak Sarawak dipelihara dan diperkasa selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Sarawak MA63 dan laporan IGC,” ujar beliau dalam perutusannya sempena Hari Sarawak 2025.

Menurut beliau, segala pencapaian ini merupakan manifestasi ketegasan visi jauh ke hadapan serta iltizam berterusan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan suara Sarawak sentiasa didengari dan dihormati.

Sehubungan itu, Datuk Amar Awang Tengah mengajak seluruh rakyat Sarawak khususnya golongan belia untuk bangkit bersama dan menyokong segala usaha Kkerajaan Sarawak mendapatkan semula hak-hak mereka.

“Semua ini memerlukan sokongan padu daripada seluruh lapisan masyarakat, terutamanya golongan anak muda yang bakal meneruskan legasi kepimpinan dan pembangunan Sarawak.

“Generasi baharu merupakan ejen perubahan, dan mereka harus melengkapkan diri dengan pendidikan, kemahiran serta ilmu pengetahuan yang selari dengan perkembangan semasa bagi menghadapi cabaran ekonomi baharu yang lebih berdaya saing,” ujar beliau lagi. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gelombang haba melampau cetus darurat iklim seluruh dunia
Next: Hari Sarawak Lambang Identiti dan Perpaduan – Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.