Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak terus main peranan menstabilkan politik negara – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak terus main peranan menstabilkan politik negara – Abang Johari

Utusan Sarawak 8 months ago

Abang Johari ketika berucap pada Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di Miri hari ini. Foto Jabatan Penerangan.

MIRI: Kestabilan politik Sarawak memainkan peranan amat penting bagi menstabilkan politik dan perpaduan negara, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata kerajaan Sarawak akan terus menstabilkan keadaan politik yang ada di Sarawak dan akan memberi sumbangan untuk menstabilkan keadaan  di seluruh negara.

“Sebab itu apabila kita menghadapi banyak masalah dalam negara, masalah politik, kita dari Sarawak cuba untuk menstabilkan negara Malaysia.

“Dalam keadaan yang aman makmur dan seterusnya dapat kita menumpukan kerja kita untuk membangunkan seluruh negara.

“Alhamdulillah, saya nampak dalam tempoh dua tahun ini, kita sudah dapat menstabilkan seluruh negara Malaysia,” katanya. 

Abang Johari berkata demikian semasa  berucap pada majlis perasmian Program MADANI Rakyat Sarawakku Sayang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, penduduk pelbagai kaum dan agama di Sarawak memiliki semangat perpaduan dan kerjasama harmoni yang kuat. 

“Mungkin saya boleh bercerita sedikit

mengenai perpaduan dan kerjasama harmoni yang ada di Sarawak termasuklah di bandar raya Miri ini.

“Bandar raya Miri inilah kita mempunyai sebuah gereja yang berhampiran dengan masjid di  Lutong, apabila hari Jumaat  pihak gereja akan membuka kawasan untuk membenarkan jemaah solat Jumaat  meletakkan kenderaan, sementara pihak masjid akan membuka kawasan untuk membenarkan jemaah Gereja meletakkan kenderaan pada hari Ahad. 

“Inilah persefahaman yang ada di kalangan rakyat Sarawak tak kira latar belakang agama, mereka duduk di bawah satu bumbung demi keharmonian yang berbilang kaum.

“Ini bukan sahaja budaya yang terdapat di bandar raya Miri tetapi terdapat di seluruh negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Sarawak menyambut baik hasrat mengadakan Malaysia MADANI dan Sarawakku Sayang. 

“Kita juga sayang kepada Malaysia. Sebab itu kita nampak masa depan kita cerah.

“Kalau politik kita stabil, kita dapat menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonomi kita

“Kami di Sarawak cuba untuk membangunkan kekuatan yang ada, ” katanya. 

Beliau berkata, di bawah kepimpinan Anwar ringgit Malaysia semakin baik sejak dua tiga hari lepas.

“Ini melambangkan bahawa ekonomi kita sudah pulih,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal jadi ekonomi ‘gah’ rantau ini – PM Anwar
Next: Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.