Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sarawak terus dominasi penganjuran festival muzik dan pelancongan bertaraf antarabangsa
  • HIBURAN

Sarawak terus dominasi penganjuran festival muzik dan pelancongan bertaraf antarabangsa

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAKAM KENANGAN…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama penganjur Konsert Fenomena Samurai ‘Search VS XPDC’ dari Seri Simfoni & Bintang Batu Event, kumpulan Search dan XPDC. Foto Norman B

KUCHING: Sarawak kini dilihat semakin ke hadapan dalam menganjurkan pelbagai acara hiburan dan festival muzik bertaraf antarabangsa, menjadikan negeri ini antara peneraju utama sektor pelancongan berbentuk hiburan di Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, walaupun beliau tidak mahu membandingkan secara langsung dengan negeri di Semenanjung, Sarawak dilihat sukar ditandingi dari segi penganjuran konsert dan acara berskala besar.

“Mungkin publisiti tidak begitu sampai ke Semenanjung, tetapi kita di Sarawak sudah menjurus ke arah pembangunan pelancongan melalui hiburan secara konsisten,” katanya pada sidang media Konsert Fenomena Samurai ‘Search VS XPDC’ di sini, hari ini.

Tambah beliau, antara acara yang telah mendapat perhatian ramai termasuk Festival Muzik Dunia Hutan Hujan (RWMF), Festival Muzik Jaz Dunia, Festival Jaz Kuching, serta yang terbaharu, Festival Muzik Country di Siniawan, yang menurut beliau mungkin merupakan yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara apabila ia berjaya menarik puluhan ribu pengunjung minggu lalu.

Katanya, selain memperkasakan acara tempatan, Sarawak juga sedang berkomunikasi dengan pihak luar untuk membawa masuk artis antarabangsa ke negeri ini.

“Kita terbuka menerima artis luar, asalkan mereka hadir dengan niat yang baik. Tahun ini, kita mulakan dengan persembahan daripada kumpulan terkenal Boney M, dan kita jangkakan acara seperti ini akan berterusan hingga hujung tahun dan ke tahun hadapan,” tambah beliau.

Menurutnya lagi, bukan sahaja acara berskala besar, malah berskala kecil akan terus dianjurkan bagi menyemarakkan suasana budaya dan hiburan di negeri ini.

Selain daripada pelancongan berasaskan hiburan dan seni, kerajaan negeri turut memberi fokus kepada pelancongan perubatan dan pelancongan sukan.

“Kita juga telah menawarkan diri untuk menjadi hos kepada temasya Sukan SEA 2027, yang merupakan edisi terbesar setakat ini. Majlis perasmiannya akan diadakan di Kuching, dan ini dijangka akan membawa pulangan ekonomi yang besar kepada Sarawak,” katanya.

Oleh Yanti Sham & Norman B

Continue Reading

Previous: Industri muzik dan konsert pacu sektor pelancongan Sarawak
Next: Konsert Fenomena ‘Search VS XPDC’: Dua legenda bakal gegarkan Stadium Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.