Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terus berwaspada terhadap ancaman fasiliti LNG di Bintulu
  • TEMPATAN

Sarawak terus berwaspada terhadap ancaman fasiliti LNG di Bintulu

Utusan Sarawak 15 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada majlis, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi jaminan akan terus berwaspada terhadap sebarang ancaman yang melibatkan fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerjasama erat bersama polis dan agensi keselamatan lain akan diperkukuhkan bagi memastikan tahap kawalan keselamatan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Kerajaan negeri akan mempertingkatkan kawalan termasuk melalui penempatan pangkalan tentera laut, penubuhan batalion baharu tentera serta penglibatan polis untuk mengawal keselamatan di kawasan Bintulu.

“Bintulu amat penting kerana merupakan hab industri negara. Sama seperti Zon Industri Sama Jaya di Kuching, kawasan strategik ini juga berhampiran Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya,” katanya.

PENYERAHAN replika kunci kenderaan pacuan empat roda.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kerja mengecat Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya dan menyerahkan kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Sarawak di Kompleks Perumahan PDRM Tabuan Jaya, hari ini.

Difahamkan, kakitangan Petronas sebelum ini menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan daripada nombor telefon dipercayai berpangkalan di Indonesia yang mengancam fasiliti LNG di Bintulu

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan walaupun ugutan itu dikaitkan dengan media sosial yang mungkin berbentuk fitnah atau spekulasi, kerajaan tetap mengambil pendekatan berhati-hati.

“Benar atau tidak, ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi. Apa yang penting, kita perlu sentiasa berwaspada,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM Kontinjen Sarawak telah digerakkan bagi melindungi aset LNG di Bintulu, manakala siasatan sedang dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa luar negara.

“Kita bekerjasama dengan polis Indonesia serta pihak keselamatan jiran lain berdasarkan maklumat pendaftaran nombor telefon yang digunakan dalam ancaman tersebut,” katanya.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Laluan baharu singkatkan perjalanan ke LTAK, kurang kesesakan
Next: Sarawak komited baik pulih perumahan PDRM Tabuan Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.