Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak terima RM4 juta perluas pusat perkhidmatan autisme
  • SEMASA

Sarawak terima RM4 juta perluas pusat perkhidmatan autisme

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berucap ketika merasmikan Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Peringkat Sarawak 2026 di Auditorium PUSTAKA Negeri Sarawak, hari ini. Foto Adele Rissa

PETRA JAYA: Sarawak menerima peruntukan RM4 juta bagi memperluaskan projek rintis Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) yang akan diwujudkan di Kuching, Sibu dan Miri sebagai pusat sehenti menyediakan perkhidmatan diagnosis, terapi, latihan, advokasi serta sokongan kepada keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM12 juta yang disediakan menerusi Belanjawan 2026 bagi memperluaskan pelaksanaan PPA ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Usaha tersebut penting bagi meningkatkan akses perkhidmatan sokongan kepada kanak-kanak autisme di seluruh negara,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Peringkat Sarawak 2026 di Auditorium PUSTAKA Negeri Sarawak, hari ini.

Sehubungan itu, Program Advokasi Penjagaan OKU Autisme menjadi platform penting untuk memperkukuh kefahaman mengenai autisme serta memperluas sokongan kepada keluarga. 

Nancy menjelaskan, usaha memperkasa komuniti autisme memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pihak berkuasa tempatan, NGO, institusi pendidikan, sektor swasta serta masyarakat.

“Kerjasama ini penting bagi memastikan anak-anak autisme dapat berkembang dalam persekitaran yang selamat, inklusif dan menyokong,” katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh sokongan kepada komuniti autisme, termasuk pengoperasian Taska Autisme di Sibu, pelaksanaan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme (SYPA) serta peluasan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menurut beliau, kerajaan turut menyediakan RM15 juta bagi pelaksanaan SYPA yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 30,000 kanak-kanak autisme di seluruh negara.

Katanya, setiap kanak-kanak layak menerima subsidi sehingga RM1,000 yang disalurkan terus kepada pusat terapi berdaftar.

“Di Sarawak, hampir 300 kanak-kanak menerima manfaat ini pada 2025 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM127,500 dan inisiatif ini diteruskan pada tahun ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Sehingga 31 Mei lalu, seramai 843,759 individu OKU berdaftar direkodkan di seluruh negara, termasuk 91,681 individu autisme.

Pendaftaran individu autisme meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 2015, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengesanan awal dan diagnosis. 

Di Sarawak, seramai 56,980 individu OKU berdaftar direkodkan, termasuk 7,366 individu autisme.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri termasuk Sarawak hingga 6.00 petang
Next: RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.