Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terajui tenaga hijau, pacu lonjakan ekonomi masa depan – Abang Johari
  • TEMPATAN

Sarawak terajui tenaga hijau, pacu lonjakan ekonomi masa depan – Abang Johari

Utusan Sarawak 4 weeks ago
BERUCAP… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025 di Damai Lagoon Resort, hari ini.

SANTUBONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa perubahan adalah satu hakikat yang tidak dapat dielakkan dan mesti dihadapi dengan kesiapsiagaan.

Beliau berkata, kepimpinan yang berwawasan amat penting bagi memastikan pembangunan negeri terus kukuh serta berdaya saing dalam ekonomi global yang dinamik.


Katanya, perubahan yang berlaku dalam landskap ekonomi dunia memerlukan pendekatan baharu yang berpaksikan inovasi, kelestarian dan daya tahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sarawak Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat 2025 bertemakan ‘Tadbir Urus Sedia Masa Depan: Pemangkin Kepimpinan Kolaboratif ke Arah Lonjakan Seterusnya Sarawak’ di Damai Lagoon Resort, hari ini.


“Perubahan adalah satu lumrah. Dari revolusi arang batu hingga era bahan api fosil, dan kini dunia beralih kepada sumber tenaga baharu yang lebih bersih. Sarawak tidak boleh ketinggalan dalam gelombang perubahan ini,” ujarnya.

Beliau berkata, peralihan dunia kepada tenaga bersih bukan sekadar keperluan alam sekitar, tetapi turut menjadi pemangkin kepada model ekonomi baharu yang lebih mampan. 

Justeru, Sarawak perlu memperkukuh kedudukannya sebagai negeri peneraju dalam bidang tenaga hijau, khususnya hidrogen, sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).


Beliau menjelaskan bahawa pasca pandemik COVID-19 telah membuka ruang besar kepada Sarawak untuk memperhebat penyelidikan serta memperkukuh sektor pembangunan lestari melalui pelbagai inisiatif strategik.

“Kita telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Penyakit Tropika dengan kerjasama saintis tempatan. Ini adalah langkah ke hadapan agar Sarawak bersedia menghadapi cabaran kesihatan dan alam sekitar pada masa hadapan dengan berpaksikan sains dan inovasi,” katanya.

Abang Johari turut menegaskan bahawa pembangunan ekonomi hijau yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bukan sahaja mampu mengurangkan kesan perubahan iklim, malah membuka ruang pekerjaan baharu dan peluang pelaburan jangka panjang.

“Hidrogen ialah tenaga masa depan. Kita mempunyai kekuatan semula jadi iaitu air, sungai dan sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan tenaga bersih dan menjadikan Sarawak antara peneraju ekonomi hidrogen di rantau ini,” jelasnya.

Tambah beliau, strategi Sarawak ke arah ekonomi tenaga bersih kini mendapat perhatian antarabangsa dengan peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik dan hidrogen daripada negara jiran serta pasaran luar seperti Brunei, Kalimantan dan Semenanjung Malaysia.

Premier turut menggesa agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi awam negeri memainkan peranan aktif dalam memperkukuh daya saing Sarawak melalui tadbir urus berasaskan inovasi, keberkesanan serta amalan korporat berintegriti.

“Kerajaan negeri perlu menyesuaikan dasar dan pentadbiran bagi memastikan pertumbuhan yang seimbang, bukan sahaja untuk mencipta peluang pekerjaan, tetapi juga untuk membangunkan ekonomi baharu yang mampan,” tegasnya.

Dalam konteks pembangunan kepimpinan, Abang Johari menekankan bahawa Sarawak memerlukan barisan pemimpin masa depan yang memahami realiti ekonomi global dan mampu mengurus perubahan dengan berani, berintegriti serta berpandangan jauh.

RAKAM KENANGAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para peserta Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak 2025 di Damai Lagoon Resort.

Katanya lagi, kerajaan negeri kini sedang menumpukan usaha memperkukuh pembangunan modal insan dengan menghantar pegawai dan pengurus berpotensi mengikuti latihan kepimpinan di institusi ternama dunia seperti Cambridge dan London School of Economics.

“Kita mesti melahirkan pemimpin yang memahami realiti ekonomi baharu dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dunia. Kepimpinan yang berpandangan jauh akan menentukan hala tuju pembangunan negeri kita,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, bersama ketua-ketua agensi kerajaan, wakil-wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta pemimpin korporat dari pelbagai sektor ekonomi dan pembangunan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu pemimpin cekap, telus dan adaptif hadapi cabaran global
Next: Cukai semata tidak memadai, tindakan menyeluruh tangani vape diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.