Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak teliti penggunaan EV merangkumi pengangkutan darat, air
  • SEMASA

Sarawak teliti penggunaan EV merangkumi pengangkutan darat, air

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Kenderaan Elektrik (EV) di Sarawak masih berada di peringkat awal dan kajian, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Menteri Pengangkutan itu berkata kerajaan Sarawak sedang meneliti penggunaan EV secara lebih meluas yang turut merangkumi pengangkutan darat dan air.

“EV merupakan salah satu bidang yang akan kita lihat secara lebih mendalam sebagai usaha memperluas inisiatif ke arah pengangkutan mampan.

“Meskipun peta hala tuju EV ini masih berada di peringkat awal, namun pelbagai usaha telah kita lakukan untuk memastikan tenaga hijau dapat diterapkan secara berkesan dalam pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Inovasi dan Teknologi Borneo (BIT) 2025 di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Menjelas lanjut berkenaan persidangan tersebut, Lee berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan Sarawak untuk membangunkan sistem pengangkutan hijau sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

“Persidangan ini memberi tumpuan kepada teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan (AI), automasi, keselamatan siber dan keusahawanan digital.

“Selain itu, persidangan ini juga mempromosikan pengecas EV pantas dan melibatkan pelaburan tempatan dalam bidang ini.

“Sehubungan itu, ia menyediakan platform yang sesuai untuk merangka pelan hala tuju Sarawak (ke arah penggunaan tenaga hijau dalam pengangkutan),” tambahnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kemuka permohonan rasmi tambah pusat pemulihan baharu
Next: Jemaah Menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.