Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak tekankan inovasi, integriti perkukuh pengurusan tanah
  • TEMPATAN

Sarawak tekankan inovasi, integriti perkukuh pengurusan tanah

Utusan Sarawak 15 hours ago
SIMBOLIK … Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama tetamu kehormat lain menyempurnakan simbolik penutupan Hari Inovasi dan Integriti JTS 2025. Foto UKAS 

KUCHING: Inovasi dan integriti ditekankan sebagai dua tonggak utama dalam memperkukuh pengurusan tanah di Sarawak, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan negeri ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kedua-dua aspek itu ibarat sepasang sayap yang mengangkat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) ke tahap lebih tinggi dalam menyokong agenda pembangunan negeri.

“Inovasi memastikan kita sentiasa mara ke hadapan dengan penyelesaian kreatif dan berkesan, manakala integriti pula menjamin setiap langkah berasaskan kejujuran, keadilan dan amanah,” katanya.

UCAPAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan ucapan pada majlis penutupan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei (JTS) 2025 di Kuching, semalam. Foto UKAS

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, ketika menutup Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei 2025, semalam.

Dalam ucapan itu, Abang Johari turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian program ukur tanah di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah, yang mana lebih 1.2 juta hektar tanah telah diukur dan lebih 900,000 hektar daripadanya digazetkan. 

Usaha ini, katanya, membuktikan komitmen JTS untuk melindungi hak rakyat, khususnya berkaitan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang kini turut diberi perhatian melalui pengeluaran geran.

Beliau turut menegaskan kepentingan membudayakan inovasi dalam kalangan penjawat awam, dengan memastikan setiap idea baharu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berakauntabiliti. 

Penekanan terhadap dokumentasi yang jelas serta penguatkuasaan undang-undang yang adil juga ditekankan sebagai kunci bagi mengekalkan kepercayaan rakyat.

Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, serta Pengarah JTS Sarawak, Awang Zamnhari Awang Mahmood.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rafflesia bunga ikonik, penjenamaan semula perlu berhati-hati
Next: Sarawak tetap PGK baharu RM1,198 bagi perluas bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.