Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak tegaskan had umur 45 tahun wajar dikekalkan bagi Para SUKMA 2026
  • SUKAN

Sarawak tegaskan had umur 45 tahun wajar dikekalkan bagi Para SUKMA 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah bercakap semasa Mesyuarat Perubahan Peraturan Am Sukan Para SUKMA di Baitulmakmur II, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Sarawak telah mengemukakan cadangan supaya kelayakan umur atlet bagi Para SUKMA 2026 dikekalkan seperti pelaksanaan pada edisi 2024 dalam mesyuarat berkaitan perubahan Peraturan Am Sukan Para baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, cadangan tersebut disampaikan melalui Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Para.

Menurut beliau, Sarawak berpandangan had umur maksimum 45 tahun yang digunapakai sebelum ini wajar dikekalkan dan tidak diturunkan kepada 40 tahun seperti diputuskan dalam mesyuarat pada 29 Januari lalu di Kuala Lumpur.

“Kerajaan Sarawak secara konsisten menyatakan pendirian agar kelayakan umur dikekalkan seperti Para SUKMA Sarawak 2024.

“Perubahan daripada 45 kepada 40 tahun tidak dipersetujui kerana ia memberi implikasi besar kepada atlet yang sedang dalam persiapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Perubahan Peraturan Am Sukan Para SUKMA di Baitulmakmur II, Petra Jaya, hari ini.

Tambah beliau, pendirian itu turut dizahirkan secara rasmi melalui surat Menteri KPWK kepada Menteri Belia dan Sukan bertarikh 28 Januari 2026 yang telah disampaikan pada 29 Januari 2026.

“Ramai atlet para telah menjalani latihan berstruktur berprestasi tinggi sejak November 2024 sebagai persediaan menghadapi Para SUKMA Selangor 2026,” jelasnya.

Beliau mengulas lanjut bahawa perubahan had umur pada peringkat ini akan menyingkirkan atlet senior yang masih aktif, disahkan sihat serta berpotensi menyumbang pingat kepada negeri.

“Umur bukan penentu mutlak prestasi dalam sukan para. Atlet senior membawa pengalaman, kestabilan dan kepimpinan dalam pasukan.

“Keputusan ini bukan sahaja memberi kesan kepada peluang pingat, malah menjejaskan moral atlet yang telah berlatih dalam tempoh panjang,” ujarnya.

Tambah beliau, sebelum Para SUKMA Perak 2018, tiada had umur dikenakan dan had 14 hingga 45 tahun hanya diperkenalkan bermula 2018 sehingga edisi Sarawak 2024.

Sehubungan itu, beliau menegaskan sebarang perubahan dasar perlu mengambil kira kebajikan atlet serta memberi ruang peralihan yang adil kepada mereka yang telah berada dalam laluan latihan yang diluluskan.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Frank yakin kekal pengurus Spurs walaupun tewas kepada Newcastle
Next: Spurs pecat Frank selepas lapan bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.