Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak tambah dana untuk pendidikan percuma – Abang Johari
  • PENDIDIKAN

Sarawak tambah dana untuk pendidikan percuma – Abang Johari

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada acara Townhall sempena 9 Tahun Bersama Premier Sarawak yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange, di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menambah peruntukan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) bagi menampung peningkatan permintaan, khususnya melibatkan anak-anak Sarawak yang kini menetap dan bekerja di Semenanjung Malaysia tetapi memilih untuk kembali ke negeri ini bagi melanjutkan pelajaran.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah itu diambil susulan peningkatan jumlah ibu bapa Sarawak yang bekerja di luar negeri, termasuk di Semenanjung, tetapi menghantar semula anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di Sarawak kerana kemudahan pendidikan percuma yang disediakan kerajaan negeri.

“Sebelum ini saya mengumumkan RM250 juta untuk FTES, saya hampir terlupa dengan rakyat Sarawak yang bekerja di sana, di Semenanjung, termasuk sebagai guru, anggota polis dan pelbagai sektor lain. 

“Mereka menghantar semula anak-anak mereka ke Sarawak untuk melanjutkan pelajaran kerana pendidikan di sini adalah percuma, Oleh itu kita akan menambah dana untuk pelaksanaan skim ini” katanya.

Beliau berkata, perkembangan tersebut secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap kemudahan dan peruntukan pendidikan di Sarawak, sekali gus memerlukan kerajaan negeri menambah dana bagi memastikan semua pelajar yang layak terus mendapat akses pendidikan yang berkualiti.

“Oleh itu, kerajaan Sarawak akan menambah dana bagi menampung permintaan ini supaya anak-anak Sarawak, tidak kira di mana ibu bapa mereka bekerja, tetap dapat menikmati pendidikan yang baik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall sempena 9 Tahun Bersama Premier Sarawak yang berlangsung di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, penambahan peruntukan pendidikan untuk FTES yang merupakan antara inisiatif utama kerajaan Sarawak bagi menangani isu kemiskinan melalui pendidikan.

“FTES ini antara pendekatan kita untuk mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan. Pendidikan adalah asas utama untuk meningkatkan taraf hidup dan peluang ekonomi rakyat Sarawak,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat 

Continue Reading

Previous: Bantuan Awal Persekolahan RM150 mesti diserah penuh tanpa potongan
Next: Psikologi disertakan dalam Skim Pendidikan Percuma bagi tangani cabaran kesihatan mental masa depan – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.