Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak Skills catat pencapaian cemerlang penarafan TVET Kebangsaan 2025
  • PENDIDIKAN

Sarawak Skills catat pencapaian cemerlang penarafan TVET Kebangsaan 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
HALLMAN Sabri.

KUCHING: Kumpulan Institusi Pembelajaran Sarawak Skills (Sarawak Skills) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Di bawah penilaian peringkat kebangsaan itu, sebanyak 10 program Sarawak Skills dianugerahkan penarafan lima bintang, iaitu tahap tertinggi kualiti program serta pematuhan kepada standard TVET negara.

 Selain itu, 20 program menerima penarafan empat bintang manakala dua lagi program memperoleh penarafan tiga bintang, sekali gus mencerminkan prestasi keseluruhan institusi yang kukuh merentasi pelbagai bidang latihan.

Penilaian menyeluruh tersebut telah dijalankan sepanjang tahun lalu oleh panel penilai yang dilantik JPK, melibatkan semakan terperinci terhadap reka bentuk program, kerelevanan kurikulum, pelaksanaan latihan, kemudahan, penglibatan industri, tadbir urus, mekanisme jaminan kualiti serta kebolehpasaran graduan.

Sepanjang proses penilaian, Cawangan Sarawak Skills Kuching mempamerkan tahap profesionalisme, koordinasi dan kecekapan operasi yang tinggi. Panel penilai turut memuji dokumentasi yang tersusun, pengurusan maklumat yang sistematik serta aliran kerja yang berkesan, sekali gus menyumbang kepada kejayaan penarafan tersebut.

Mengulas pencapaian itu, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata pengiktirafan berkenaan mencerminkan komitmen bersama seluruh warga kerja institusi terhadap kualiti dan penambahbaikan berterusan.

“Pencapaian ini adalah hasil dedikasi, disiplin dan semangat kerja berpasukan yang tidak berbelah bahagi daripada kakitangan di semua cawangan Sarawak Skills. Penarafan lima bintang yang diraih oleh 10 program kami membuktikan bahawa penyampaian latihan, tadbir urus serta penjajaran dengan industri memenuhi penanda aras tertinggi yang ditetapkan JPK,” katanya.

Menurut beliau, keputusan tersebut bukan sahaja satu pengiktirafan, malah menjadi pemangkin kepada Sarawak Skills untuk terus memperkukuh ekosistem TVET.

“Kami melihat pengiktirafan ini sebagai satu penghormatan dan juga tanggungjawab. Sarawak Skills akan terus komited mempertingkatkan kerelevanan program, meningkatkan kualiti latihan serta memastikan graduan kami memiliki kemahiran bersedia industri bagi menyokong pembangunan tenaga kerja dan aspirasi ekonomi Sarawak serta Malaysia,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sarawak Skills turut diiktiraf oleh JPK sebagai Pentadbir Induk, sekali gus menjadi organisasi tempatan pertama di Borneo yang berteraskan kerajaan menerima pengiktirafan berprestij tersebut.

SARAWAK Skills Group of Learning Institution (Sarawak Skills) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2025 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Akreditasi itu diberikan berasaskan keupayaan institusi berkenaan yang memiliki tujuh pusat pembelajaran di seluruh Sarawak serta kebolehan terbukti dalam mengurus, menyelaras dan menyokong pelbagai institusi latihan.

Sebagai Pentadbir Induk, Sarawak Skills Kuching berperanan sebagai badan tadbir pusat yang bertanggungjawab menyelia dan mengurus pusat cawangan bertauliah, termasuk memastikan penyeragaman, jaminan kualiti serta penjajaran program TVET di semua institusi teknikal di bawah seliaannya.

Pencapaian ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak Skills sebagai institusi TVET terkemuka dalam melahirkan tenaga mahir, kompeten dan bersedia masa hadapan, selaras dengan keutamaan pembangunan negeri dan negara.

Sarawak Skills juga akan terus memperkukuh kerjasama dengan rakan industri, pihak berkuasa kawal selia serta pemegang taruh utama bagi mempertingkatkan standard TVET dan memperluas peluang pembangunan kemahiran mampan.

Continue Reading

Previous: Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 diagih seawal 11 Januari ini
Next: SK Sebemban siap sepenuhnya, komitmen kerajaan Sarawak sedia prasarana pendidikan berkualiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.