
KUCHING: Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon melabuhkan tirai dengan majlis penutupan yang diadakan di Makeramai Makerspace Plaza Merdeka hari ini bagi meraikan kreativiti dan inovasi peserta tempatan serta antarabangsa.
Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu yang merasmikan majlis itu memuji penganjuran hackathon tersebut kerana berjaya memupuk inovasi kerjasama dan persahabatan rentas sempadan.
“Bagi tempoh yang singkat kita dapat menyaksikan inovasi pada tahap terbaik. Kerjasama rentas budaya dan sempadan amat penting bagi menghadapi cabaran masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Sarawak-SG Friendship AI Vibe Design Hackathon, di Makeramai Makerspace, hari ini.

Penganjur, AI Gents of Change AI Visionary Society dan AZAM Sarawak berjaya menghimpunkan kira-kira 40 peserta untuk meneroka penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Majlis penutupan itu turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada tiga pemenang utama pemberian cenderamata kepada barisan hakim serta penyampaian penghargaan kepada tetamu kehormat.
Oleh Amanda L