Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak semak semula prosedur bayaran kepada jurutera, arkitek dan perunding tempatan
  • TEMPATAN

Sarawak semak semula prosedur bayaran kepada jurutera, arkitek dan perunding tempatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
RAKAM KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama ahli GJPBS. 

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneliti semula prosedur bayaran kepada jurutera, arkitek dan perunding tempatan bagi memastikan proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Jabatan Perbendaharaan dan agensi berkaitan bagi mencari kaedah terbaik mempercepatkan pembayaran yang sebelum ini tertakluk kepada arahan perbendaharaan sedia ada.

“Kita faham ada sedikit masalah kerana pembayaran kini berdasarkan tempoh pelaksanaan projek, bukan kos semata-mata.

“Jadi, kita akan cari jalan bagaimana untuk mempercepatkan proses ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ulang Tahun dan Anugerah Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak (GJPBS) 2025, di Dewan Unifor, semalam.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menggesa golongan profesional teknikal tempatan agar bersedia menghadapi peningkatan permintaan perkhidmatan seiring pelaksanaan pelbagai projek mega negeri hingga 2030.

Antara projek utama yang akan menjana peluang kepada jurutera, arkitek dan perunding ialah pembinaan Lapangan Terbang bertaraf dunia dan Pelabuhan Laut Dalam di Tanjung Embang, Lebuhraya Pantai Utara, serta projek tenaga dan taman industri baharu.

“Kita akan terus menaik taraf infrastruktur negeri, jalan raya, rawatan air, pusat pentadbiran dan kemudahan awam. Ini bermakna banyak peluang kerja tersedia hingga 2030 dan selepas itu,” ujarnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 20 jambatan utama dijangka siap menjelang 2028, lengkapkan rangkaian infrastruktur
Next: Datu Hii Chang Kee dilantik pengerusi baharu Business Events Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.