Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak selesai sukat 1.2 juta hektar tanah NCR, 938,000 hektar diwartakan
  • TEMPATAN

Sarawak selesai sukat 1.2 juta hektar tanah NCR, 938,000 hektar diwartakan

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah, Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan Surat Hak Milik Tanah Bahagian Serian di Serian Conference Centre hari ini. Foto Bernama

SERIAN: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) seluas 1,217,766 hektar, dengan 938,342 hektar daripadanya telah diwartakan sejak 2010 hingga 30 September lepas, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata pada hari ini, kerajaan negeri telah mewartakan 12 lokaliti dengan keluasan keseluruhan 12,370.232 hektar, merangkumi 36 kampung termasuk Kampung Tebakang Dayak, Kampung Semuja, Kampung Seniawan, Kampung Terbat, Kampung Igom, Kampung Belimbing, Kampung Tabuan Rabak, Kampung Seratau, Kampung Semeru, Kampung Emperoh Gerung dan Kampung Danu.

Awang Tengah berkata kesemua tanah tersebut diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) sebagai Rizab Komunal Bumiputera.

“Selepas pewartaan Seksyen 6, peringkat kedua iaitu penyukatan lot individu dan pengeluaran Surat Hak Milik Seksyen 18 KTN sedang giat dijalankan di seluruh negeri,” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah, Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan Surat Hak Milik Tanah Bahagian Serian di sini, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bergambar bersama penerima pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah, Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak dan Surat Hak Milik Tanah Bahagian Serian di Serian Conference Centre, hari ini. Foto Bernama

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak menegaskan bahawa pengukuran hanya dijalankan dengan persetujuan penuntut tanah serta selepas tiada pertikaian sempadan.

“Kerjasama Ketua Kaum, Ketua Masyarakat dan pemilik tanah penting, agar program ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan. Justeru, kita ingin menegaskan bahawa penyukatan hanya dilaksanakan selepas menerima permohonan sah daripada penuntut tanah NCR yang disemak berasaskan perundangan dan bukti sahih.

“Kes yang masih dalam pertikaian mahkamah tidak akan disukat sehingga diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan sejumlah RM9,867,937.55 pampasan diserahkan kepada 57 penerima bagi projek pembangunan infrastruktur di kawasan Serian.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ratu Etnik Junior Sarawak Vol. 3 tampilkan pesona budaya dalam gaya kontemporari
Next: Kerajaan Sarawak terus perkukuh perpaduan antara penganut pelbagai agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.