Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak sedia tingkat bekalan babi ke Selangor, industri tempatan terus diperkasa
  • SEMASA

Sarawak sedia tingkat bekalan babi ke Selangor, industri tempatan terus diperkasa

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau.

SIBU: Kerajaan Sarawak kekal komited mengutamakan pembangunan ekonomi negeri merangkumi semua sektor termasuk industri penternakan babi tempatan.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau berkata, Sarawak turut mengalu-alukan cadangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengimport bekalan daging babi dari wilayah lain khususnya Sarawak bagi memastikan bekalan mencukupi untuk komuniti bukan Islam di negeri itu.

Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada Sarawak, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan.

“Perkembangan ini diyakini mampu merangsang pertumbuhan industri penternakan babi di Sarawak di samping memperkukuh ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pengumuman Sultan Sharafuddin pada Februari lalu yang melarang penternakan babi di Selangor.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Sarawak telah menyatakan kesediaan untuk meningkatkan bekalan babi hidup ke negeri berkenaan bagi memenuhi permintaan pasaran, selain Sarawak turut mengeksport babi hidup ke Selangor sejak tahun lalu.

Tambahnya, industri penternakan babi di Sarawak kini terus berkembang dengan usaha pemodenan sedang giat dilaksanakan dalam kalangan penternak tempatan.

Dalam pada itu, Lau berharap kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kukuh kepada sektor tersebut serta merangka dasar pembangunan yang relevan bagi memastikan pertumbuhan berterusan dan pengembangan eksport.

Beliau turut menegaskan bahawa penternakan babi bukan isu sensitif di Sarawak dan telah lama mendapat sokongan kerajaan negeri, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada pemain industri tempatan.

Mengulas lanjut, beliau menggesa Parti Tindakan Demokratik (DAP) supaya menilai semula peranan mereka dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya berkaitan isu penternak babi di Selangor.

Katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu diberi ruang untuk terus memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gelombang pertama tsunami landa pesisir pantai Wilayah Iwate Jepun
Next: Jepun catat tsunami 80 cm selepas gempa bumi kuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.