Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak sedia kongsi lebihan tenaga dengan negara ASEAN – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak sedia kongsi lebihan tenaga dengan negara ASEAN – Abang Johari

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi ASEAN pada Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga ke-43 (SOME) di sini, malam ini. Foto Bernama

KUCHING: Sarawak bersedia memainkan peranan penting untuk masa depan tenaga di rantau ASEAN dengan menawarkan lebihan tenaga boleh diperbaharui dan rendah karbon kepada negara jiran, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata Sarawak mempunyai perancangan berimpak tinggi untuk meningkatkan bekalan tenaga kepada 10 gigawatt menjelang 2030 di samping terus mengekalkan fokus kepada sumber tenaga boleh diperbaharui, termasuk hingga 70 peratus daripada kuasa hidro.

Perancangan berkenaan merangkumi pembinaan berterusan kapasiti turbin gas sebanyak 1.5 gigawatt di Bintulu dan Miri serta sebuah loji hidroelektrik baharu berkapasiti 1.2 gigawatt.

“Jika kita mempunyai lebihan tenaga, kita bersedia berkongsi dengan rakan-rakan kita di ASEAN,” katanya pada majlis makan meraikan delegasi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga (SOME) ke-43 di sini malam ini.

Beliau berkata dalam menghadapi cabaran perubahan iklim global, Sarawak mengambil pendekatan proaktif dengan mengguna pakai sumber tenaga alternatif, antaranya melalui inisiatif utama, iaitu membangunkan potensi pengeluaran hidrogen.

“Sarawak sedang berusaha sebaik mungkin memanfaatkan sumber sedia ada serta mengguna pakai teknologi baharu untuk menghasilkan alternatif kepada hidrokarbon,” kata Abang Johari.

Beliau berkata negeri ini bekerjasama dengan rakan seperti Jepun dan Korea untuk menghasilkan hidrogen daripada limpahan sumber air melalui proses elektrolisis.

Meskipun menyedari cabaran dari segi kos, namun beliau optimis bahawa kemajuan teknologi berupaya merintis laluan ke arah pengeluaran hidrogen yang berdaya saing dari semasa ke semasa.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama antarabangsa penting untuk masa depan tenaga mampan ASEAN
Next: CCS Kasawari penanda aras projek CCS akan datang di Malaysia – Petronas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.