Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sedia hantar wartawan sertai kursus eksekutif di Cambridge
  • TEMPATAN

Sarawak sedia hantar wartawan sertai kursus eksekutif di Cambridge

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas Persidangan Karbon Asia (ACC) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi. Foto UKAS

KUCHING: Usaha memperkukuh kualiti dan profesionalisme dalam bidang kewartawanan Sarawak bakal dipertingkat menerusi pelaksanaan program latihan eksekutif di luar negara, Cambridge, United Kingdom khusus untuk wartawan tempatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah tersebut merupakan antara strategi kerajaan negeri dalam melahirkan tenaga media yang lebih berdaya saing dan berwibawa di peringkat global.

“Program ini akan dilaksana secara berfasa melalui kolaborasi bersama organisasi kewartawanan tempatan. 

“Tujuannya adalah bagi membuka ruang kepada pengamal media yang berkelayakan untuk menerima pendedahan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurut beliau, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol telah diarahkan untuk menyelaras perincian pelaksanaan program berkenaan.

“Sejak tahun lepas, saya sudah menyatakan keinginan untuk melihat wartawan tempatan yang mempunyai latar belakang sesuai dihantar menjalani latihan profesional di luar negara,” ujarnya ketika ditemui media pada Persidangan Karbon Asia (ACC) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi.

Beliau juga menekankan bahawa pemilihan peserta akan dilakukan secara teliti, dengan mengambil kira syarat kelayakan yang ditetapkan bersama pihak berkaitan bagi memastikan hanya calon berpotensi tinggi dipilih.

“Kita akan tetapkan kriteria tertentu bersama persatuan wartawan di Sarawak bagi memastikan proses saringan dibuat dengan adil dan teratur,” jelasnya.

Abang Johari turut memberi jaminan bahawa dana khas akan disediakan oleh kerajaan negeri bagi menyokong pelaksanaan program ini sebagai pelaburan jangka panjang terhadap pembangunan sektor media.

“Kita mahu melahirkan wartawan yang tidak hanya cekap, tetapi juga kreatif dan mampu mengemukakan pendekatan baharu dalam penyampaian berita mengikut peredaran zaman.

“Kalau kita boleh sediakan pendidikan percuma menjelang 2026, tiada sebab kita tidak boleh melabur dalam inisiatif yang memajukan media tempatan,” tambah beliau.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PETROS recognition marks milestone in Sarawak’s pursuit of greater autonomy
Next: UPMKB perkukuh kesedaran iklim, inisiatif karbon hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.