Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak sedia gegarkan SUPJA 2025
  • SUKAN

Sarawak sedia gegarkan SUPJA 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Nor Azlan Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Sukan JPJ Malaysia (SUPJA) 2025 di Bilik Mesyuarat Kenyalang, JPJ Sarawak, semalam.

KUCHING: Kontinjen Sarawak kini berada di fasa persiapan akhir menjelang Sukan JPJ Malaysia (SUPJA) 2025 apabila Mesyuarat Penyelarasan Ke-4 berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Kenyalang, JPJ Sarawak, semalam.

Mesyuarat penting itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Tuan Nor Azlan Ibrahim, dan disertai oleh ahli jawatankuasa secara fizikal dan dalam talian dari seluruh cawangan. Setiap penyelaras dan pengurus sukan telah membentangkan laporan kemajuan, manakala perbincangan turut menumpukan kepada strategi terakhir bagi memantapkan penyertaan kontinjen Sarawak.

Turut hadir sebagai penyuntik semangat kepada pasukan ialah Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Sarawak, Tuan Yusniman Mohamad, yang juga dilantik sebagai Chef de Mission. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen penuh JPJ Sarawak dalam menyediakan atlet bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental dan taktikal.

Tuan Nor Azlan dalam ucapannya menegaskan pentingnya semangat berpasukan dan penyelarasan bersepadu antara semua pihak bagi memastikan kontinjen Sarawak mampu mencipta kejayaan yang membanggakan.

SUPJA 2025 dijadual berlangsung dari 24 hingga 27 Julai ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, dengan JPJ Selangor selaku tuan rumah. Edisi kali ini dijangka lebih kompetitif dan meriah, sekali gus menjadikan persiapan rapi kontinjen Sarawak sebagai faktor utama dalam usaha membawa pulang kejayaan ke Bumi Kenyalang.

Oleh Norman B.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kehadiran Alexander-Arnold di Madrid mula beri impak
Next: Bidang sukan platform terbaik lahirkan murid cergas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.