Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak sedia belanja lebih, naik taraf 11 fasiliti hadapi Sukan SEA 2027 – Abdul Karim
  • SUKAN

Sarawak sedia belanja lebih, naik taraf 11 fasiliti hadapi Sukan SEA 2027 – Abdul Karim

Utusan Sarawak 3 hours ago
SIDANG media selepas sesi penggulungan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan di DUN Sarawak.

PETRA JAYA: Sarawak bersedia menampung kos tambahan bagi memastikan semua fasiliti sukan utama di negeri ini siap sepenuhnya menjelang penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, walaupun kerajaan negeri telah memperuntukkan RM250 juta, peningkatan kos dijangka berlaku terutama bagi projek tertentu seperti lapang sasar menembak yang memerlukan pengambilan tanah tambahan.

“Bagi saya, memang tidak ada masalah dari segi bajet. Tetapi untuk penambahbaikan fasiliti, mungkin ada sedikit ‘pecah bajet’, malah mungkin melebihi peruntukan asal.

“Contohnya lapang sasar menembak, kita perlukan dua hektar tanah tambahan untuk skid dan trek. Jumlah pampasan yang diperuntukkan terlalu kecil. Bila ambil kira kos tanah, ia boleh meningkat dua atau tiga kali ganda.

“Saya amat yakin semuanya akan berada dalam keadaan terbaik apabila Sukan SEA bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengesahkan bahawa Stadium Sarawak akan melalui transformasi terbesar, menjadi tempat paling mahal dalam senarai 11 fasiliti yang dinaik taraf.

“Stadium berkenaan bakal tampil dengan reka bentuk baharu berkonsepkan ‘sarang burung’, namun tidak meniru sepenuhnya reka bentuk Stadium Nasional Beijing.

“Sekarang anda lihat stadium itu macam biasa. Dalam satu setengah tahun lagi, ia akan menjadi stadium baharu sepenuhnya. Kita akan sangat bangga dengannya.

STADIUM Nasional Beijing

“Rekaannya seperti sarang burung, tapi bukan serupa dengan di China, versi kita sendiri dan ia akan kelihatan sangat cantik,” jelasnya.

Mengulas keperluan penginapan atlet dan pegawai, beliau berkata hotel lima bintang tidak mencukupi, namun hotel tiga dan empat bintang di bandar raya Kuching mampu menampung keperluan tersebut.

“Atlet antarabangsa tidak boleh ditempatkan seperti dahulu dalam Sukan Malaysia (Sukma), yang mana mereka ditempatkan di universiti. Mereka mesti diberi penginapan di hotel sekurang-kurangnya empat bintang,” ujarnya.

“Beliau turut berharap beberapa hotel sempat menjalani kerja ubah suai kecil sepanjang setahun setengah ini bagi menepati piawaian penginapan sukan antarabangsa.”

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Zii Jia dalam radar BAM perkuat skuad Piala Thomas
Next: DUN: Atlet anak Sarawak catat kecemerlangan peringkat nasional, antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.