Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak sasar pertumbuhan KDNK lebih 5.0 peratus hujung tahun ini
  • SEMASA

Sarawak sasar pertumbuhan KDNK lebih 5.0 peratus hujung tahun ini

Utusan Sarawak 3 days ago
KESYUKURAN UNIFOR..Douglas Uggah Embas bersama (dari kanan) Henry Sum Agong, Mancha Ata dan Roland Sagah We Inn bersama kenamaan lain selepas acara keagamaan Unit Untuk Lain-lain Agama(UNIFOR) di Dewan Suarah Limbang. 

LIMBANG: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak dijangka melepasi 5.0 peratus menjelang akhir tahun ini, didorong oleh pelaburan strategik dalam bidang infrastruktur dan teknologi hijau, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, prestasi cemerlang yang dicapai oleh Sarawak adalah hasil daripada kestabilan politik, perpaduan rakyat, serta dasar-dasar yang proaktif dan mampan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), yang dilancarkan pada Julai 2021, merupakan pelan hala tuju bagi mentransformasikan ekonomi Sarawak daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi baharu yang dipacu oleh data, inovasi serta berpaksikan dasar ekonomi hijau,” katanya.

Beliau optimis bahawa melalui pelaksanaan PCDS 2030, Sarawak akan mencapai status sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. Tambahnya lagi, selain fokus kepada pertumbuhan ekonomi, strategi tersebut juga menekankan aspek keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Peningkatan hasil negeri hampir tiga kali ganda, iaitu kepada RM15 bilion pada tahun lalu berbanding sekitar RM5 bilion lapan tahun lalu, memberikan keyakinan bahawa matlamat PCDS 2030 mampu dicapai,” jelasnya.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dalam Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2025 Peringkat Sarawak yang berlangsung di Dewan Suarah Limbang, hari ini.

Abang Johari turut menegaskan bahawa Sarawak terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera dalam Persekutuan Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin memberangsangkan.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak 2025, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata serta kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Semakan SST, perkukuh kedudukan fisikal, lindungi kumpulan rentan
Next: Maybank IB: Cukai jualan barangan keperluan sifar peratus dijangka ‘neutral’ kepada sektor pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.