Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak sasar jana 10,000MW tenaga hijau menjelang 2030 – Premier Sarawak
  • TEKNOLOGI

Sarawak sasar jana 10,000MW tenaga hijau menjelang 2030 – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sarawak menyasar menjana 10,000 megawatt tenaga boleh baharu dan dan hijau menjelang 2030 sekali gus menjadikan negeri itu sebagai pengeluar tenaga hijau terbesar, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ini kerana Sarawak memiliki kelebihan dari segi tenaga, dengan Empangan Bakun yang terbesar di rantau ini, yang pada mulanya menghasilkan 2,200 megawatt kini meningkat kepada 2,500 megawatt hasil daripada inovasi berterusan.

Abang Johari berkata Sarawak akan terus mengguna pakai kaedah tenaga boleh baharu yang baharu, termasuk memanfaatkan potensinya yang luas untuk penjanaan tenaga solar dan membangunkan biojisim cecair baharu bagi menggantikan arang batu.

“Dan yang satu lagi ialah melalui penggunaan gas karbon rendah, metin dan yang akhirnya tentu sekali kita hendak menggunakan hidrogen.

“Menjelang 2035, kami akan meningkatkannya kepada 15,000 megawatt,” katanya menerusi ucapan beliau sebelum memulakan sesi dialog awam bertajuk Agenda Sarawak di luar acara perhimpunan tahunan Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025, di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam mana-mana aktiviti ekonomi, penggerak atau pendorong utama adalah tenaga, yang tanpanya kemajuan dan pembangunan tidak mungkin dapat dicapai.

“Dan tenaga hendaklah (perlu) mempunyai kos yang berpatutan dari segi pengeluaran tenaga. Dan dengan kos itu dan tarif yang terkawal, kita dapat menarik pelaburan. Apabila pelaburan datang, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.

-Bernama  

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: SKJV, Mandrill Tech meterai MoU percepatkan agenda bandar pintar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.