Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sasar eksport beras menjelang 2030
  • TEMPATAN

Sarawak sasar eksport beras menjelang 2030

Utusan Sarawak 20 hours ago
SIDANG MEDIA…..Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Ta Ann Padihead Paddy Field, hari ini. Foto: Earl Anek


TANJUNG MANIS: Skim Penanaman Padi Sungai Bapak adalah sebuah inisiatif berasaskan komuniti melibatkan kerjasama antara Kumpulan Ta Ann melalui Padihead Sdn Bhd, pemilik tanah tempatan dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR), 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Padihead Sdn Bhd telah mula membuat ujikaji penanaman padi di kawasan tersebut. 

“Hasilnya, pada hari ini kita melihat Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong dan rakan-rakan telah dapat mengeluarkan padi dalam dua musim satu tahun dengan anggaran pengeluaran beras kira-kira lebih kurang empat tan bagi satu hektar tanah. 

“Di sini, mereka telah membangunkan kawasan seluas 800 ekar. Manakala di Kuala Rajang, terdapat potensi pembangunan seluas 260 ekar. Malah, jumlah ini boleh meningkat sekiranya tanah milik Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) seluas 800 ekar serta kawasan tanah milik penduduk tempatan turut diambil kira.

“Model pembangunan yang dicadangkan adalah berasaskan kerjasama strategik, di mana tanah milik penduduk kampung akan diusahakan oleh pihak swasta melalui satu jaringan kerjasama bersama pemilik tanah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Ta Ann Padihead Paddy Field, hari ini.

SUBUR…..Padi yang subur di Ta Ann Padihead Paddy Field hari ini. Foto: Earl Anek

Katanya, pihak swasta melabur bagi membangunkan tanah tersebut supaya dapat diusahakan sebagai tempat penanaman padi. 

“Kalau tidak, ia tidak akan diusahakan oleh orang kampung kerana kos begitu tinggi. Jadi dengan adanya pihak swasta membantu menerusi penanaman secara moden dan juga menggunakan alat-alat mesin, pemilik tanah juga dapat rezeki daripada penyewaan yang diusahakan di antara pemilik tanah dengan pihak swasta. 

“Ini adalah satu model yang sudah berjaya di sini. Maknanya dua-dua dalam situasi menang-menang, pihak pengusaha mendapat pendapatan dan pemilik tanah juga mendapat pendapatan,” katanya. 

PENERANGAN….Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann Holdings Berhad, Dato K.H Wong menerangkan tentang penanaman padi di Ta Ann Padihead Paddy Field hari ini. Foto: Earl Anek

Tambahnya, kerajaan Sarawak mempunyai sasaran, iaitu sekiranya dapat menanam padi di 14,000 hektar seluruh Sarawak, maka akan dapat mengeluarkan beras hingga 240,000 tan metrik. 

“Ini mencukupi untuk kegunaan dalaman orang Sarawak. Kalau kita tambahkan lagi 14,000 hektar, maksudnya ia berganda dan akan bertambah ke 480,000 tan metrik beras serta yang lain kita boleh eksport. 

“Menjelang 2030 mungkin kita boleh mengeksportkan beras selain daripada kegunaan kita sendiri tapi yang penting adalah penggunaan teknologi,” katanya. 

Jelasnya, penggunaan teknologi membolehkan padi dikeluarkan dalam tiga kali setahun. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilson Nyabong terima sokongan Pemuda PRS Tamin untuk rebut jawatan presiden
Next: Sarawak lakar sejarah pelancaran perahu tambang elektrik mesra alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.