Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sasar buka pejabat STATO di Pontianak pada 2026
  • TEMPATAN

Sarawak sasar buka pejabat STATO di Pontianak pada 2026

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika ditemui media selepas menghadiri Program Jangkauan Komuniti PKS, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) di Pontianak, Indonesia dijangka mula beroperasi pada 2026.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata buat masa ini pihaknya masih meneliti beberapa kawasan sesuai untuk penubuhan pejabat tersebut.

“Saya sendiri telah pergi melihat beberapa bangunan sesuai dan strategik yang dapat kita gunakan sebagai pejabat kita di sana (Pontianak).

“Buat masa ini masih lagi dalam penilaian dan kita harap kita dapat buka pejabat itu selewat-lewatnya tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jangkauan Komuniti PKS, di sini, hari ini.

Buat masa ini Sarawak mempunyai dua pejabat STATO iaitu di Brunei dan Singapura.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak komited perkukuh ekosistem PKS demi transformasi ekonomi
Next: Boeing, SEDCE, Equatic meterai MoU bangunkan fasiliti penyingkiran karbon di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.