Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sasar 720 acara perniagaan bernilai RM2.06 bilion menjelang 2030
  • TEMPATAN

Sarawak sasar 720 acara perniagaan bernilai RM2.06 bilion menjelang 2030

Utusan Sarawak 5 days ago
TIMBALAN Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, merakam gambar kenangan bersama penerima Anugerah Borneo Inspires Legacy yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

PETRA JAYA: Sarawak menetapkan sasaran menganjurkan 720 acara perniagaan antara 2026 hingga 2030 dengan nilai ekonomi dianggarkan RM2.06 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menurut Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, langkah itu mengukuhkan hasrat kerajaan negeri menjadikan Sarawak sebagai pusat utama acara perniagaan di Malaysia dan Borneo.

“Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada acara yang dianjurkan perlu meninggalkan legasi yang boleh diukur menjelang 2030.

“Peningkatan minat antarabangsa terhadap acara perniagaan dan pelancongan akan mempercepatkan pembangunan baharu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Borneo Inspires Legacy Awards di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Pada majlis yang sama, UiTM Cawangan Sarawak dinobatkan penerima Anugerah Honorary Champion melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa mengenai Bioteknologi, Pertanian Pintar dan Keusahawanan untuk Jaminan Makanan 2023, manakala Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) menerima Anugerah Honorary Accelerator sempena WCIT/IDECS 2023.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Udara bersih rakyat sihat, Dato Wee tekankan tanggungjawab bersama
Next: Mariah Carey akui masih tak kenal Jennifer Lopez selepas lebih dua dekad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.