SUKMA… Pelancaran Countdown Route To Victory Sukma XX, MSN 2022 di UCSI Hotel Kuching.
SARAWAK menetapkan sasaran 50 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA 2022) ediso ke-20 yang bakal berlangsung September depan di Kuala Lumpur.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia selari dengan sasaran Sarawak memburu gelaran juara.
Katanya, jika dilihat pada SUKMA sebelum ini, bagi sebuah negeri untuk muncul juara mereka mesti memperoleh lebih daripada 50 emas.
“…Dan Sarawak boleh muncul sebagai juara keseluruhan jika mampu memperoleh 50 pingat emas.
“Sasaran sebenar, akan kita umumkan sebelum para kontijen kita berlepas ke Kuala Lumpur nanti,” jelas Karim ketika sidang media selepas Pelancaran Countdown Route To Victory Sukma XX, MSN 2022 di UCSI Hotel Kuching, semalam.
Jelas beliau, Sarawak akan menghantar lebih 1,000 atlet termasuk pegawai-pegawai sukan pada temasya sukan SUKMA nanti.
“Sebanyak 700 ke 800 atlet adalah para atlet yang akan bertanding dalam pelbagai acara sukan,” ujarnya.
Oleh AZREEN KERIA