Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sasar 14 ribu hektar jelapang padi menjelang 2030
  • TEMPATAN

Sarawak sasar 14 ribu hektar jelapang padi menjelang 2030

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom pada Majlis Hari Bersama Pelanggan IADA Batang Lupar 2025 di Dewan Suarah Sri Aman hari ini. Foto: Ukas Sri Aman

SIMANGGANG: Sarawak mengorak langkah besar ke arah meningkatkan keterjaminan makanan negara dengan menyasarkan pembangunan 14,000 hektar jelapang padi menjelang 2030.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata inisiatif strategik ini dijangka melonjakkan pengeluaran beras negeri kepada 450,000 metrik tan setahun, sekali gus meningkatkan tahap sara diri (self-sufficiency level) kepada 60 peratus dalam tempoh lima tahun.

Beliau menegaskan bahawa misi ini bukan lagi pilihan, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti petani.

Berucap pada Majlis Hari Bersama Pelanggan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar 2025 di Dewan Suarah Sri Aman hari ini, Dr Rundi mendedahkan bahawa hasil padi semasa di Sarawak adalah sekitar 4–5 metrik tan sehektar, jauh ketinggalan berbanding 15 metrik tan sehektar di Hainan, China.

“Jurang produktiviti ini memberi mesej yang jelas, kita perlu memperkasakan penggunaan teknologi, amalan moden dan inovasi pertanian untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Dr Rundi optimis bahawa sasaran ini mampu dicapai melalui sinergi semua pihak, yang akan menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluaran beras berkualiti tinggi yang berdaya saing dan mampan, sekali gus mampu menampung keperluan jangka panjang rakyat dan menyumbang kepada bekalan beras negara.

Dalam pada itu, Dr Rundi menjelaskan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) membuktikan keberkesanannya apabila berjaya melonjakkan hasil padi di Sarawak, khususnya menerusi projek perintis di Tanjung Bijat, Sri Aman.

Varieti MR269 mencatatkan purata tuaian 5.5 tan per hektar pada musim kedua 2023, berbanding hanya 2.8 tan per hektar sebelum ini.

Dr Rundi berkata peningkatan ini didorong penggunaan mekanisasi sepenuhnya, benih moden, amalan pertanian baik serta penerapan teknologi ‘Rice Check’ yang sistematik.

Beliau menegaskan, kejayaan itu membuktikan sasaran Sarawak untuk mencapai purata 6 tan per hektar di jelapang padi Batang Lupar adalah realistik, selepas hasil meningkat daripada 2.0 tan per hektar pada 2021 kepada 5.5 tan per hektar menerusi projek SMART SBB.

Program SMART SBB yang dilaksanakan di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Batang Lupar dengan kerjasama Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Syarikat Advansia (Sarawak) Sdn Bhd melibatkan kawasan 85 hektar di Blok C, Tanjung Bijat sejak 2021, membabitkan penyertaan seramai 200 pesawah.

Turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor dan Pengerusi Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh komitmen mobiliti hijau melalui Sidang Kemuncak Inovasi Mobiliti Hijau 2025
Next: IADA Batang Lupar komited perkasa industri padi di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.