Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak sasar 100 peratus kelulusan UPDLP Tahun Enam – Roland Sagah
  • PENDIDIKAN

Sarawak sasar 100 peratus kelulusan UPDLP Tahun Enam – Roland Sagah

Utusan Sarawak 3 days ago
LANGKAH ANTARABANGSA… Dato Sri Roland Sagah (tengah) bersama Datuk Francis Harden dan Datuk Dr. Annuar Rapaee menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta Program Linguisthon 2025, Peringkat Sarawak di Limbang.

LIMBANG: Sarawak optimis seramai 26,000 murid Tahun Enam yang akan menduduki Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP Sarawak) pada 15 dan 16 Oktober ini mampu mencapai keputusan cemerlang, termasuk sasaran 100 peratus lulus.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, berkata keyakinan itu berdasarkan persiapan rapi yang telah dilakukan sejak enam tahun lalu sejak pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) bermula dari Tahun Satu.

“Kita yakin calon-calon UPDLP Sarawak akan mencapai keputusan cemerlang kerana mereka telah mengikuti program DLP sejak Tahun Satu.

“Bukan sahaja pelajar, malah guru turut melalui pelbagai program sokongan sejak enam tahun lalu. Ini memberi harapan kepada kita untuk mencapai keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas Program Linguisthon (Linguistic Marathon) 2025 Peringkat Sarawak anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di Dewan Bunga Raya, hari ini.

Sagah berkata UPDLP Sarawak adalah ujian piawaian bagi murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga dalam program DLP, melibatkan subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Menariknya, ujian ini dinilai oleh guru pakar tempatan dan disahkan oleh Cambridge University Press and Assessment (CUPA) sekali gus menetapkan tanda aras antarabangsa bagi keberkesanan program DLP di negeri ini.

“Ini bukan sekadar ujian, tetapi satu usaha serius kerajaan Sarawak untuk memastikan mutu pendidikan diangkat ke tahap yang lebih tinggi mengikut piawaian global,” katanya.

Seramai 200 murid di Limbang mengambil bahagian dalam Program Linguisthon sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi UPDLP Sarawak.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee, Datuk Francis Harden Hollis, Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal, dan Pegawai Pendidikan Daerah, Mat Zinan Wahit.

Oleh Adeng Edrus

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: GBK disaran daftar SPEAK bantu pelajar rancang kerjaya lebih berkesan
Next: Dasar pendidikan percuma Sarawak pacu pembangunann modal insan sektor bernilai tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.