Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak sambut kumpulan pelawat pertama sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
  • SEMASA

Sarawak sambut kumpulan pelawat pertama sempena pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026

Utusan Sarawak 8 hours ago
SELAMAT DATANG… Chiew menyambut ketibaan penumpang dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sibu hari ini, sempena sempena pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026.

SIBU: Sarawak hari ini menyambut ketibaan kumpulan pelawat pertama sempena pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus menandakan permulaan usaha merancakkan sektor pelancongan negara.

Ketibaan penumpang dari Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sibu pada awal pagi tadi disambut dalam satu program khas melibatkan agensi berkaitan pelancongan. 

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional membabitkan 55 pintu masuk utama di seluruh negara bagi mengalu-alukan pelawat domestik dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, Sarawak memainkan peranan strategik sebagai pintu masuk penting yang menghubungkan Malaysia dengan pasaran serantau dan antarabangsa, terutama melalui lapangan terbang di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, serta beberapa pintu masuk darat seperti di Sungai Tujuh dan Tedungan di Miri, Tebedu, Biawak dan Pandaruan.

“Tahun Melawat Malaysia 2026 digerakkan dengan aspirasi untuk mencapai sasaran lebih 40 juta pelancong antarabangsa. Pada masa yang sama, kita juga menggalakkan rakyat tempatan untuk terus melancong dalam negara sebagai sokongan kepada penggiatan semula sektor pelancongan,” katanya ketika ditemui pada program tersebut di Lapangan Terbang Sibu, hari ini.

Menurutnya, lebih 300 acara telah disenaraikan dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Malaysia oleh Tourism Malaysia, merangkumi penganjuran program budaya, kraf tangan, seni persembahan, rekreasi dan lain-lain sepanjang tahun.

“Geran khusus juga disediakan di peringkat kementerian untuk menyokong penganjuran program berkaitan budaya, kraf tangan dan pelancongan. Kita mahu lebih banyak komuniti dan penganjur tempatan tampil menjayakan aktiviti yang mampu menjadi tarikan pelancong,” katanya.

Beliau berharap pelancaran tersebut dapat menjadi pemangkin kepada usaha merancakkan kembali ekonomi pelancongan domestik serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa sepanjang 2026.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ucap Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Sarawak
Next: Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.