Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sambut baik keputusan kerajaan perluas BUDI95 kepada pengguna pengangkutan air
  • TEMPATAN

Sarawak sambut baik keputusan kerajaan perluas BUDI95 kepada pengguna pengangkutan air

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Henry Harry Jinep berkata peluasan itu amat penting khususnya bagi komuniti yang bergantung kepada pengangkutan sungai untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kerajaan dan kawasan bandar berhampiran.

KUCHING: Sarawak merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas peluasan pelaksanaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk individu di negeri itu yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan air bagi urusan harian dan sumber rezeki.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata peluasan itu amat penting khususnya bagi komuniti yang bergantung kepada pengangkutan sungai untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kerajaan dan kawasan bandar berhampiran.

‘Ini memberikan kelegaan kepada keluarga berpendapatan rendah kerana ia membolehkan mereka menyalurkan lebih banyak pendapatan kepada keperluan harian yang lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau turut menggesa individu yang masih belum mendaftar bagi kelayakan BUDI95 supaya segera berbuat demikian di pejabat residen atau pejabat daerah terdekat. 

“Langkah ini akan memastikan semua yang bergantung kepada pengangkutan air bagi keperluan harian tidak terpinggir dan dapat menikmati sepenuhnya manfaat daripada sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95,” katanya.

Pada 13 Oktober lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa kelayakan bagi BUDI95 kini diperluas bagi merangkumi pengguna bot yang berdaftar di Sarawak manakala peruntukan bulanan bahan api bagi pemandu e-hailing sepenuh masa turut dinaikkan kepada 600 liter.- Bernama

Continue Reading

Previous: New KDNKA for Sarawak
Next: Perkasa fitrah insan dan integriti, semai budaya anti rasuah warga JPJ Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.