Sarawak sambut baik cadangan Singapura buka pejabat konsulat di Kuching – Premier Sarawak

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sesi sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di Singapura, hari ini. Foto Sarawakku

SINGAPURA: Sarawak menyambut baik cadangan Singapura untuk membuka pejabat konsulatnya di Kuching sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala antara republik itu dengan Malaysia, khususnya di Borneo.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah tersebut akan membuka lebih banyak ruang kerjasama melibatkan perdagangan, pelaburan serta hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, hubungan ekonomi antara Sarawak dan Singapura telah lama terjalin, dan kewujudan pejabat konsulat itu kelak akan memudahkan pelbagai urusan termasuk mobiliti pekerja, urusan perniagaan dan pelaburan baharu.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di Singapura, hari ini. Foto Sarawakku

“Kita ucap terima kasih kerana hubungan Malaysia-Singapura sangat erat dan Kerajaan Sarawak mengalu-alukan cadangan ini kerana ia akan membawa manfaat besar kepada hubungan dua hala serta meningkatkan lagi peluang kerjasama ekonomi.

“Kita sudah pun mempunyai pejabat dagangan dan pelancongan (STATOS) di sini (Singapura) jadi dengan pembukaan konsulat ini akan membantu hubungan bilateral serta urusan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena Mesyuarat Pemimpin Malaysia–Singapura Ke-12 di sini, hari ini.

-Sarawakku

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi