Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak salur RM150 juta perkukuh bidang astronomi
  • PENDIDIKAN

Sarawak salur RM150 juta perkukuh bidang astronomi

Utusan Sarawak 12 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada  Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Agensi Islam di Kompleks Islam Sarawak, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited memperkukuh pembangunan bidang astronomi dan aeroangkasa sebagai pendekatan strategik untuk melahirkan generasi yang berilmu tinggi, berfikiran saintifik serta berkeupayaan menghadapi cabaran masa hadapan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ilmu astronomi bukan sekadar disiplin sains, malah mempunyai hubungan yang signifikan dengan kefahaman terhadap peristiwa agung Isra’ dan Mikraj, sekali gus menjadi medium bagi umat Islam mendalami kebesaran ciptaan Allah SWT melalui pendekatan ilmu dan teknologi moden.

“Pagi tadi, Kabinet Sarawak telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi penubuhan sebuah pusat astronomi di Sarawak.

“Pusat ini bukan sahaja bertujuan memupuk minat terhadap ilmu falak, tetapi menjadi asas kepada pembangunan kepakaran dalam bidang aeroangkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Agensi Islam di Kompleks Islam Sarawak, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat Agensi Islam di Kompleks Islam Sarawak, hari ini. Foto UKAS

Tambah beliau, inisiatif tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Jabatan Mufti Sarawak dan institusi pengajian tinggi milik Sarawak, iaitu Kolej Universiti i-CATS, yang kini menawarkan pengajian dalam bidang berkenaan bagi melahirkan tenaga pakar dalam sains angkasa, teknologi satelit serta sistem komunikasi.

Beliau menjelaskan, penguasaan teknologi angkasa kini menjadi antara penentu utama kekuatan negara-negara maju, khususnya dalam aspek keselamatan, sistem komunikasi global, pengurusan serta penyimpanan data, selain keupayaan pemerhatian bumi melalui penggunaan teknologi satelit.

“Siapa yang menguasai ruang angkasa, menguasai masa depan. Oleh itu, Sarawak mesti bersedia melahirkan anak-anak tempatan, khususnya umat Islam, yang mahir dalam bidang sains, matematik tambahan, fizik, kimia serta kejuruteraan,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Premier Sarawak menegaskan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris teknikal bagi membolehkan generasi muda memahami, menguasai serta menterjemah ilmu sains moden kepada aplikasi praktikal dalam dunia sebenar.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Sarawak akan terus memperkukuh pembangunan sekolah antarabangsa di bawah Yayasan Sarawak yang mengintegrasikan Silibus Cambridge dengan pengajian Islam, termasuk hafazan al-Quran serta pemahaman tamadun manusia, bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi pembangunan duniawi dan ukhrawi.

Beliau turut menyentuh perkembangan penyelidikan teknologi tinggi di Sarawak, termasuk usaha mereka bentuk cip kecerdasan buatan (AI) melalui kerjasama saintis tempatan dan pakar antarabangsa, sebagai langkah awal ke arah penguasaan teknologi strategik.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Sertiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Tiga biasiswa sarjana kepimpinan ASEAN ditawar kepada wanita Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.