Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sarawak salur RM1.7 Juta kepada SK Kai Ming, tingkatkan infrastruktur sekolah
  • PENDIDIKAN

Sarawak salur RM1.7 Juta kepada SK Kai Ming, tingkatkan infrastruktur sekolah

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian menyerahkan replika cek peruntukan khas kerajaan Sarawak kepada pihak sekolah di SK Kai Ming, Bintulu, hari ini. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh komitmen terhadap pendidikan pelbagai kaum dengan menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM150,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Kai Ming yang kini menempatkan lebih 400 murid daripada pelbagai latar belakang kaum.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sumbangan itu menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kerajaan Sarawak kepada sekolah berkenaan mencecah RM1.7 juta.

“Ketika masih beroperasi di Bintangor dahulu, sekolah ini hanya mempunyai enam pelajar. 

“Namun selepas berpindah ke Bintulu, jumlah pelajar telah meningkat kepada 400 orang, dengan 40 peratus daripadanya terdiri daripada murid Bumiputera.

“Kos pembinaan semula sekolah ini melebihi RM7 juta. Daripada jumlah tersebut, kerajaan negeri telah menyumbang RM1.6 juta sebelum ini.

“Hari ini, baki akhir berjumlah RM150,000 diserahkan. Secara keseluruhan, kerajaan Sarawak telah menyumbang kira-kira RM1.7 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyerahan peruntukan khas kerajaan Sarawak di SK Kai Min di sini, hari ini.

Menurut beliau, perkembangan sekolah tersebut mencerminkan dasar pendidikan negeri yang inklusif serta selari dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam membangunkan Sarawak berteraskan bakat dan ilmu pengetahuan.

“Premier Sarawak sentiasa menegaskan bahawa pendidikan Cina adalah untuk semua kaum. 

“Justeru, tidak hairan apabila 40 peratus murid di sekolah ini terdiri daripada pelajar Bumiputera. Saya juga amat menghargai semangat pihak pengurusan sekolah yang berjaya mengumpul lebih RM5 juta secara berdikari. 

“Ini mencerminkan nilai pendidikan tinggi yang dipegang oleh masyarakat Cina dan manfaatnya turut dirasai semua kaum demi masa depan Sarawak,” ujarnya.

SK Kai Ming yang sebelum ini beroperasi di Bintangor telah dipindahkan dan dibina semula di Bintulu, hasil inisiatif masyarakat dan sumbangan berperingkat daripada kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

Usaha komuniti tersebut menjadikan sekolah berkenaan sebagai contoh kejayaan kolaborasi antara kerajaan dan masyarakat dalam memartabatkan pendidikan untuk semua.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pemeriksaan mata sebelum masuk sekolah rendah wajar dilaksanakan – Dr Zaliha
Next: Sarawak perkasakan laluan graduan diploma ke ijazah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.