Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rekod 10,201 tangkapan
  • TEMPATAN

Sarawak rekod 10,201 tangkapan

Utusan Sarawak 4 years ago
MEMBIMBANGKAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah menunjukkan peta kawasan peningkatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah kepada para wartawan semasa mengadakan sidang media Laporan Berkala Jawatankuasa Sehenti Menangani Isu Dadah dan Substance di Bilik Media, KWKPK, Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur 2, di Kuching semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Sepanjang tahun ini, Sarawak merekodkan sebanyak 10,201 tangkapan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan hasil daripada operasi yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, Daerah Kuching merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 3,251 tangkapan (31.8 peratus), diikuti oleh daerah Miri dengan 1,065 tangkapan (10.4 peratus), daerah Bintulu dengan 980 tangkapan (9.6 peratus), daerah Sibu dengan 830 tangkapan (8.1 peratus) dan daerah Samarahan dengan 509 tangkapan (4.9 peratus).

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato’ Sri Fatimah Abdullah, bagi tempoh 1 Oktober hingga 30 Oktober 2020, sebanyak 20,138.82 gm (atau 20.13 kg) pelbagai jenis dadah dirampas oleh agensi penguatkuasaan narkotik (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM Sarawak dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sarawak.

“15,000 gm (atau 15 kg) adalah daun ketum; 3,023.15 gm (atau 3.0 kg) adalah dadah jenis ganja; 304.34 gm (atau 0.3 kg) adalah dadah jenis syabu/methamphetamine; 278.47 gm (atau 0.27 kg) adalah dadah jenis ketamin dan 1,532.86 gm serbuk estasy,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Berkala One Stop Committee Menangani Isu Dadah dan Bahan di Bangunan Baitulmakmur 2, semalam.

Tambahnya, rampasan dadah yang direkodkan pada bulan Oktober menunjukan penurunan sebanyak 46.89 peratus berbanding dengan September 2020 sebanyak 37.9 kg.

“Bagi dadah berbentuk pil, sebanyak 432 biji telah dirampas di Sarawak.
“32 biji adalah pil Eramin 5; 166 biji adalah pil Ecstasy dan 208 biji adalah pil Nospan.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM413,378.17,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru supaya semua pihak berganding bahu serta bekerjasama dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan di Sarawak.

Maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan boleh dilaporkan melalui Whatsapp kepada Hotline JSJN ditalian 0122087222 dan Hotline AADK ditalian 0196262233.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Manfaatkan geran MRP sepenuhnya
Next: 1,461 kelas Tabika KEMAS di S’wak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.