Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak rancang tubuh Lembaga Pembangunan Tasik dalam tempoh dua tahun
  • SEMASA

Sarawak rancang tubuh Lembaga Pembangunan Tasik dalam tempoh dua tahun

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Gawai Dayak Jabatan Premier Sarawak (JPS) yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya, semalam. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak sedang meneliti perancangan untuk menubuhkan sebuah Lembaga Pembangunan Tasik (LDA) dalam tempoh dua tahun akan datang, bagi mengurus dan membangunkan kawasan tasik secara lebih sistematik dan bersepadu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, penubuhan lembaga itu akan menjadi pendekatan baharu dalam menjadikan kawasan tasik sebagai tarikan pelancongan dan sumber ekonomi baharu kepada negeri.

“Dalam tempoh dua tahun ini, kita sedang mengkaji kemungkinan untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Tasik yang akan bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus semua tasik di Sarawak termasuk tasik buatan seperti empangan dan tasik semula jadi seperti Tasik Bengoh.

“Melalui lembaga ini, kita akan mempunyai satu pendekatan yang lebih tersusun dalam membangunkan kawasan-kawasan tersebut, terutamanya yang berpotensi besar sebagai destinasi pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Gawai Dayak Jabatan Premier Sarawak (JPS) yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya, semalam.

Premier Sarawak turut menyatakan bahawa antara lokasi yang dikenal pasti untuk pembangunan ialah Baleh di Kapit yang memiliki keindahan sungai dan potensi besar dalam sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi.

Tambah beliau, Jabatan Hutan dan Jabatan Pertanian juga telah diminta memainkan peranan dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, termasuk penanaman semula pokok seperti ensurai merupakan sumber makanan utama bagi ikan empurau yang bernilai tinggi.

“Dengan pemulihan ekosistem ini, tasik-tasik tersebut boleh diperkayakan semula dengan ikan empurau, yang berpotensi menjadi tarikan utama pelancong.

“Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan tarikan pelancongan, malah akan merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan terlibat,” jelas beliau.

Justeru, Premier Sarawak menegaskan bahawa kejayaan inisiatif ini bergantung kepada kerjasama semua pihak, khususnya dalam kalangan penjawat awam menerusi semangat ‘Sarawak Civil Service (SCS) One Team’. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sambutan Gawai Dayak JPS raikan semangat bersatu
Next: 99 karya lukisan meriahkan pameran seni Sarawak-Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.