Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rancang jadi tuan rumah World Robotics Olympiad
  • TEMPATAN

Sarawak rancang jadi tuan rumah World Robotics Olympiad

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn merakam gambar bersama tetamu yang hadir sebagai kenangan. -Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membida sebagai tuan rumah World Robotics Olympiad (WRO) kejohanan robotik berprestij bertaraf antarabangsa dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan bakat digital dan inovasi serantau.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada agenda jangka panjang Sarawak dalam memperkukuh ekosistem teknologi serta menarik penyertaan bakat muda dari seluruh dunia.

“Kita mahu membawa minda muda terbaik ke Sarawak dan menunjukkan bahawa negeri ini sedang berkembang sebagai pusat bakat digital dan inovasi,” katanya ketika merasmikan majlis Penyerahan Kit Robotik sempena National Robotic Competition (NRC) di LCDA Tower, The Isthmus, hari ini.

Sebagai sokongan awal, kementerian telah meluluskan geran RM666,000 bagi memperkasakan inisiatif robotik, termasuk penganjuran pertandingan serta pembangunan program pendidikan robotik di sekolah-sekolah seluruh negeri.

Majlis penyerahan kit ini merupakan sebahagian daripada program tahunan kementerian STEM Trailblazers Sarawak  yang dijalankan di zon utara, tengah dan selatan negeri bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi.

Dato Sri Roland Sagah turut mengumumkan bahawa Sarawak akan menawarkan program pra-ijazah dan ijazah berteraskan STEM di universiti milik kerajaan negeri bermula 2026, sebagai langkah strategik membangunkan modal insan digital.

“Kita mahu anak muda kita bersedia untuk dunia digital. Semua kursus akan memberi tumpuan kepada STEM,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan berteraskan teknologi bukan sahaja melahirkan jurutera atau saintis, malah membina tenaga kerja masa depan yang berkemahiran tinggi, celik teknologi dan mampu bersaing di peringkat global.

“Negara seperti Jerman, Australia dan Korea Selatan berjaya kerana menekankan pendidikan teknikal. Kita mahu lihat perkara sama berlaku di Sarawak,” tambah beliau. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rainforest Youth Summit 2025 angkat tema kelestarian global, suara belia
Next: TRACE 2025 perkasa graduan, buka peluang kerjaya seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.