Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rancang import 1,000 ekor lembu setahun dari Sabah mulai 2026
  • TEMPATAN

Sarawak rancang import 1,000 ekor lembu setahun dari Sabah mulai 2026

Utusan Sarawak 1 day ago
KERJASAMA… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menerima cenderamata daripada Datuk Victor Ationg yang berlangsung di Ibu Pejabat KSK, Menara Kinabalu bagi menjalin hubungan dagangan bersama.

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, menghadiri satu mesyuarat khas berhubung cadangan pembelian lembu daripada Kumpulan Sawit Kinabalu (KSK) bagi pasaran Sarawak.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KSK, Datuk Victor Ationg, dan berlangsung di Ibu Pejabat KSK, Menara Kinabalu.

Perbincangan tertumpu kepada kerjasama pembekalan lembu daging dari KSK ke Sarawak dengan sasaran minimum 1,000 ekor lembu setahun, bermula musim sambutan Aidiladha 2026 pada kadar harga yang berpatutan.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menstabilkan dan menurunkan harga lembu di Sarawak, khususnya menjelang sambutan Aidiladha setiap tahun.

Turut hadir Pengarah Cahaya Zikir Pelita Asajaya Plantation Sdn Bhd, Dato Sri Shahrizal Md Ishak, Pengarah Cahaya Muqarrobin Resources Sdn Bhd, Wan Mahendra Wan Mohtar, Pengurus Besar KSK, Rozaidi Arshad serta Pegawai Pengawal Perladangan KSK, Abdul Halim Alimuddin.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KUSKOP salur RM7.8 juta naik taraf 39 Tamu Desa di Sarawak
Next: Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak 2 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.