Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak rancang bina empangan melata dwi fungsi jana tenaga, kawal populasi buaya
  • SEMASA

Sarawak rancang bina empangan melata dwi fungsi jana tenaga, kawal populasi buaya

Utusan Sarawak 3 days ago
ANTARA empangan melata dwi fungsi yang terdapat di negara Barat.

LUBOK ANTU: Kerajaan Sarawak merancang untuk membina lebih banyak empangan melata dwi fungsi yang bukan sahaja menjana tenaga hidroelektrik berskala kecil dan sederhana, tetapi turut berperanan membantu mengawal populasi buaya yang semakin meningkat di sungai-sungai utama negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan empangan tersebut akan disesuaikan mengikut bentuk muka bumi dan aliran sungai di kawasan pedalaman yang dikenal pasti sesuai.

Menurutnya, selain menyokong agenda tenaga boleh diperbaharui kerajaan negeri, empangan melata turut berfungsi sebagai benteng semula jadi bagi mengekang pergerakan dan pembiakan buaya di kawasan tertentu.

“Berdasarkan kajian, apabila aliran sungai digerakkan oleh turbin janakuasa, habitat buaya akan terganggu.

“Ini sekali gus mengurangkan kadar pembiakan dan menghalang pergerakan reptilia itu ke kawasan hulu,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-40 Loji Hidroelektrik Batang Ai sempena Hari Tenaga Hidro Global di Lubok Antu, hari ini.

JELASKAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sidang media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-40 Loji Hidroelektrik Batang Ai sempena Hari Tenaga Hidro Global di Lubok Antu, hari ini. Foto UKAS

Abang Johari berkata, fenomena peningkatan buaya turut dikaitkan dengan perubahan gaya hidup masyarakat luar bandar yang kini tidak lagi bergantung kepada pengangkutan air seperti bot.

“Contohnya, di Batang Rajang apabila jalan raya dibina sehingga Baleh dan Belaga, penduduk jarang menggunakan bot dan sekarang buaya sudah naik ke kawasan hulu,” ujarnya.

Menurut beliau, kebimbangan masyarakat pedalaman terhadap ancaman buaya itu turut mendapat perhatian kerajaan apabila beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dalam kalangan masyarakat Penan mencadangkan pembinaan empangan melata sebagai langkah kawalan strategik.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai termasuk di Sungai Gaat dan Sungai Belaga di Kapit serta Sungai Tutoh di Baram,” katanya.

Untuk rekod, Empangan Batang Ai merupakan empangan hidroelektrik keempat di negara ini selepas Chenderoh dan Temenggor di Perak serta Kenyir di Terengganu.

Empangan yang mula beroperasi sejak 1985 itu kini memiliki kapasiti tenaga 100 megawatt (MW) dan diperkukuh dengan tambahan tenaga solar terapung berkapasiti 50 MW.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak antara enam negeri dikenal pasti terdedah ancaman gempa bumi
Next: Golongan OKU digesa daftar JKM, nikmati 30 bantuan dan keistimewaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.